Alhamdulillah atas kesudian Allah beri nikmat kesihatan yang pastinya amat memudahkan kerja-kerja penambahbaikan amalan,insyaAllah..
syukur..syukur..syukur Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang tetap teguh di hati..semuanya keranaMu ya Allah..*test beri ucapan awam.mana tau esok2 leh jadik ustazah kat skolah2..kui3(sila aminkan k!)
Hari tu hari jumaat..Khatib membacakan khutbah macam biasa b4 mulakan solat jumaat.tapi cara pengisian dan pengolahan yang kalo nak dipendekkan kita sebut cara penyampaian pada hari tu agak berbeza..bukan sebab tok imam sakit tekak atau saje nak buat revolusi, tapi kali ni ada imam muda yang gantikan tok imam yang kebetulan uzur.Imam muda yang petah berbicara kisah Nabi dan para sahabat.kadang-kadang diselitkan juga ayat-ayat Qur'an sebagai dalil dengan suara yang cukup lunak dan tak tersekat-sekat.
Keesokannya imam itu kembali menjalankan tugas asalnya sebagai bilal di masjid tu sebab tok imam dah sihat.kalo ketegaq nak jadi imam gak macam pelik la kan..tapi even jadi bilal pon..still orang2 kampung suka ustaz muda ni.sampaikan ramai ibu-ibu hantar anak diorang untuk blaja tauhid n mengaji kat beliau..
persoalannya..sape ustaz muda ni?Ilmu di dada cukup tinggi.kiranya memang xmustahil laorang fikir ustaz ni mantan student uiam..xpon al-azhar,xpon maahad,xpon budak pondok..tapi hakikatnya ustaz muda ni hanya berkelulusan sekolah menengah agama.hebat bukan?saye pon jatuh cinta kat ustaz ni kalo dia kat depan mata.orang cakap nama ustaz ni Amirul.Ustaz Amirul..
![]() |
| ustaz..ustaz... |
Ekceli ustaz Amirul sayang je keje beliau sbagai tukang azan di masjid tapi memikirkan tanggungjawab beliau dah bertambah n elaun yang diterima bulan2 xcukup nak tampung hidup,beliau berhijrah gak..Di Langkawi hidup ustaz ni start berubah..Hidup sebagai pekerja hotel banyak cabaran dan dugaannya.tapi i rasa sume keje ade cabaran kowt..doktor punye keje lagi mencabar kot.n keje nurse pon xde la senang sgt..oh!
tapi siyes ustaz idaman saye ni dah berubah sket.eh bukan ustaz berubah tapi the way he live his life yang lain sikit demi sikit. Solat jadi tunggang langgang.Sekejap on sekejap off.Adakalanya sehari sejadah xsempat dibentangkan..xsempat?oh!
Kerja ustaz muda tu xkira masa.sentiasa on call orang kate.Kalo ade aduan kerosakan kat mana2 bilik,kena pi on da spot.Kalo sempat solat Alhamdulillah..kalo xsempat qadha' jela jawabnya..Jumaat pon camtu gak n the schedule goes by..yela,pihak hotel mahu semua pekerja siap sedia kalo ada sebarang kerosakan.Kalo ikutkan ustaz muda ni memang beliau dah berhenti keje n keje as bilal balik tapi mikirkan bini n anak beliau yang dalam kandungan,ustaz tu teruskan gak keje beliau..fikir ustaz,'Nabi Muhammad pon diduga dengan pelbagai dugaan,ni kan pulak manusia biasa.mungkin ni dugaan untuk aku..'
Suatu petang,ustaz Amirul diminta membetulkan paip air dalam sebuah bilik.Bila diketuk,xde orang jawab..jadi ustaz ni masuk jela bilik tetamu tu.Bila dah siap pembaikian paip, ustaz pon terus nak keluar.Tiba-tiba muncul lak sorang wanita mabuk..tuan bilik agaknya..fikir ustaz lalu beliau dengan baik hati tolong la wanita tersebut masuk ke bilik.dan2 nak kuar tu tibe2 wanita tu goda si ustaz ni.apa lagi???ustaz dengan gaya tok imamnya memberi tazkirah pada wanita tersebut..namun sekali lagi digoda akhirnya ustaz tewas pada nafsu untuk kali pertama.
Dah balik rumah,ustaz Amirul xle nak tdo memikirkan dosanya yang satu tu.Ketakutan yang ustaz Amirul rasakan sangat merunsingkan beliau.Beliau bertaubat bersungguh-sungguh untuk tak buat lagi dosa tu.n life goes by..disangkakan taubat sampai ke hujung nyawa,tapi sekali diuji,ustaz muda rebah lagi..namun sayang rebah kali ni tak membawa penyesalan.bahkan ustaz mula mencari peluang untuk bersuka ria.Air yang dulu dibenci kini ijau,kuning,itam,purple sume bekas ustaz ni telan macam air suam.Anak isteri dah xde dalam fikiran.jarang-jarang je hantar duit makan.Nak jenguk jauh sekali..n the rest is history......
Ari tu time jumpa bekas ustaz ni ada la suruh dia bertaubat.,.jadik bilal balik..mulakan hidup baru ngan isteri n anak-anak....
skali dia balas balik.."aku akan bertaubat.satu hari nanti.aku tau mende ni dosa..tapi dah sebati ngan idup aku skang..xsempat dah,baru je minggu lepas bini aku suh sain surat cerai..hahaa"
-n-
-ini yang dikatakan hidayah Allah..hati kita,iman kita sume dalam jagaan Dia.once Dia lepas...mana2 je kita bleh pegi..mcm layang2 xde tali,korang bayangkan sendiri!
-Rasulullah diuji dengan pelbagai cubaan,tapi baginda sentiasa hadapi dugaan dengan kembali pada Allah.pada yang islam aturkan..bukan makin jauh..tapi kita?iman kita turun naik..syaitan berkelilingan sana sini.jadi jangan la mintak diuji apa yang xpasti..dan keseorangan dengan ujian bertubi-tubi sangat-sangat menguji iman.so,bertemanlah bukan sekadar dengan hiburan.
-Bila kita tegakkan agama Allah,maka Allah akan tolong kita.yakinlah.!percayalah!sape yang buat janji ni?saya?Imam masjid?tok kadi?bukan....tapi ALLAH S.W.T lah yang buat janji ni..n Allah xkan pernah memungkiri janjiNya..maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah telah engkau dustakan?
-Cubaan kali pertama berbuat dosa mungkin akan mendorong kita untuk lakukan dosa yang seterusnya..sape cakap x?lihat saja kisah ulama' yang minum arak,kemudian,berzina,kemudian membunuh jiwa dan kemudian..............berangkai-rangkai dosa atas kesilapan yang pertama.takutlah..takutlah pada dosa.pandanglah setiap dosa as DOSA.kerana dosa menjurus kepada api neraka!
-lelaki kat dunia ni ramai..tapi bila tolak campur darab bahagi dengan yang dah meninggal,sakit kat hospital,termenung di penjara,bertanam di pusat pemulihan dadah,berapa banyak yang tinggal?pastu tolak lagi ngan yang syok tengok wrestling depan tv,sebuk nak tukar jantina, letih tembak musuh lam game,brape kerat je yang tinggal..so,kita2 yang ada sket kesedaran,ada bekal ilmu limpahan Tuhan...sama2 gerakkan islam.sama2 penuhkan saf kat masjid di Malaysia ni.boleh?
“Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia dan manusia seperti kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid.” (Hadis riwayat Ahmad)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan