bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Sabtu, Jun 30, 2012

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Alhamdulillah...

=)
=)
=)

lesen kerja lulus,untuk itu.Alhamdulillah..terima kasih Allah.

kerja-kerja penutupan highway selamat, untuk itu.Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.


sakit tak terasa, untuk itu.Alhamdulillah..terima kasih wahai Allah.

adik saya selamat berkata-kata, untuk itu.Alhamdulillah..terima kasih Allah.

untuk semua nikmatNya...Alhamdulillah Alhamdulillah..Alhamdulillah...

hers.


mine.

Ahad, Jun 17, 2012

gua pun nak induksi jugak.!


orang-orang berautoriti dalam jaga keselamatan aset negara ni,
tak kira la mana-mana negara hatta US sekalipon,
diorang mesti dah buat sehabis baik dah untuk jaga sistem keselamatan diorang.
sampai tahap boleh kata perfect ah.
yang mana orang lain xleh bukak pun sistem diorang tuh.
tapi selalu gak  kita dengar berita-berita..
rahsia sulit kerajaan negara diceroboh.
peti besi ratu elizabeth 1234 kena pecah.
blog pakar IT kena godam.
n bla..bla..bla..
kalo kita kat tempat diorang, kita patut malu dgn perkara ni.
patut ke apa yang kita agung-agungkan selama ni diceroboh macam tu je?
patut ke?

camtu gak dengan keadaan diri kita.
kita gaya dah habis ganas dah jaga pergaulan.
jaga pertuturan dan pemakaian.
tahap orang tengok pun salute abis la.
tapi sebab sorang je mamat ensem yang menarik hati.
atau sebab kefuturan yang melanda diri.
atau sebab kawan-kawan macam bes je bebas sana-sini.
hancur camtu je kawalan-kawalan ketat kita selama ni?
senang gitu je nak bagi pegangan kita dicerobohi?
atau dah rasa perjuangan selama ni dah cukup banyak untuk masuk syurga di sana nanti?

oh.

kita pun patut malu dengan perkara ni.
kita patut takut diri futur suatu hari nanti.(na'udzubillahi mindzalik)

‎"Ya muQollibal Qulub, tSabbit Quluubana 'ala Deenik wa 'ala tho'atik."

Khamis, Jun 14, 2012

salam ingatan.


hari-hari last sbagai penduduk kolej ni, banyak pulak nak kena kemas.
maklum la..lepas ni nak jadi penganggur tak bertauliah.
harap2 result lesen bagi peluang untuk ada di medan kerja.

tak untung la belajar je tapi tak apply.tak ke?
tapi heh.
saya nampak keuntungan lebih besar dari apply ilmu kat org2 lain.
baik apply kat femili2 sendiri.
bukan lah kedekut tapi lagi banyak mende terjaga.
dan banyak jugak hak2 lain yang perlu dijaga hatinya.

neway petang ni mungkin pertemuan terakhir mata ngan mata.
sebelum masing-masing cuba amalkan dakwah fardhiyah di tempat sendiri.
sebelum perubahan yang lagi besar untuk sahabat2 tersayang insyaAllah.
sebelum jadi tetamu untuk kembali pulang.
sebelum ...........


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi 
Ketika kau menghulurkan tanganmu 
Membawaku ke daerah yang baru. 

eceh jiwang.!

ingat x maksud ayat kedua akhir surah al-insyirah?
after ayat "verily after each of diffilculties there's a relief" tu?

"Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) , tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

Sabtu, Jun 09, 2012

!




"Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi.

Sungguh, orang-orang yang mengerjakan (perbuatan) dosa kelak 
akan di beri balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.
(Al-An'am:102)

Selasa, Jun 05, 2012

ayah..


Ali Imran:145


ayoh ngoh dah takde.

lelaki pertama yang paling saya sayang selepas ayah sendiri.

tapi kini dia tiada lagi.

kata adik, hembusan nafas terakhir subuh tadi.

ku tahan air mata agar xjatuh lagi.

still,dia nak mengalir di pipi.

sedang ku cuba sekuat hati.

ada panggilan dari sisi.

dan air mata bergenang depan manusia untuk pertama kali.

dalam kelas communicable disease and microbiology.

ku kesat mata berkali-kali.

oh kuatlah hati.

            makan nasik sambil berendam air mata.

5 JUN 2012.

moga ayh ngh tenang di sana..negeri abadi yang pasti.

Every soul will taste death, and you will only be given your (full) compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained (his desire). And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.[Ali Imran:185]

Ahad, Jun 03, 2012

senyum.sedekah.



senyum.tak perlu kata apa-apa.

tapi dapat pahala.



Abah singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya.

Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. 

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh.

Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”

Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.

Abah mula berasa sebak.

“Kalu gitu mari ikut ambe pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.

Abah tidak mampu bersuara lagi..

(copy paste status sy kt fb)