Alhamdulillah semuanya kembali pada normal.bukan terlalu ekstrem mengejar dunia dan tak plak merasa sgt2 terpaksa dalam rutin ni..
kiranya kalo nak dihitung balik 2minggu ni overallnya ok la..
Seminggu di neuro 1b macam best!dengan staff yang boleh dikira maco melayan kami dan puan yang sering menghilangkan diri...ini sudah bagus!
katil-katil dihuni oleh pakcik2 yang walaupun xsihat tapi tetap manis tersenyum pada kami..=)
holla...berholiday di neuro 1b!!!!i like~
kat neuro 1b,ada sorang pakcik yang agak lain dari yang lain..apa yang lainnya?
dia sorang je yang saya nampak jaga solat..yang saya nampak la..yang saya xnampak saya xtau.huhu
dan dia salah sorang dari 2 insan yang pakai kopiah kat situ,
oke,,saya sebenarnya takut ngan pakcik ni tapi saya kena beranikan diri pasal tetiba saya kena 'jaga' dia.
1st nampak dia,tengah syok tido bersama buku 'menuju pas yang baru' di dada dan ikut penelitian saya dia bekas guru..emm,bekas cikgu fizik.
*saya terdengar time dia tgh cakap ngan kawan.hehee=D
pastu tengah syok2 saya termenung kat cardiac table,pakcik tu tegur..
(sambil tengok nama) ha kamu.....nak x suami soleh?
"erk..nak pakcik,mesti la nak..hehe"
"emm,pakcik doakan fatimah dan nurul dapat suami soleh"
"ameen..."
dan kawan saya blah tetiba..tinggal saya yang blurr xtau pape kat situ.
pakcik tu sambung cakap dengan hebatnya pasal nak cari suami soleh ni.
tetiba pakcik tu tanya"kamu ni asal mana?"
"terengganu pakcik"
"oh,,budak terengganu baik2.jangan risau.."
"eh,,baik xbaik xikut tempat pon..kalo pandai bawak diri,insyaAllah baik la..hehe"
"emm,tapi kamu nampak ok.kat tempat belaja ada masuk 'persatuan'?"
"ada..tapi persatuan kecik2 je..xde la yang gah terus tu.."
"takpela tu,kamu student kena slow2.xle tunjuk sangat.pakcik dah pencen takpe.."
"banyak2 selawat pada nabi..insyaAllah orang jadik segan ngan kita,kita pon malu nak bwat mende2 tak elok.."
itu la dia..kat mana2 pon status kita sebagai hamba kita kena bawak..
walau jadik pesakit kronik tahap apa pon...bukan mudah nak redha ngan kesakitan yang ditanggung tapi pergantungan pada Allah tu akan buat kita terima semua ujian ngan redha dan sabar.setiap orang akan diuji tapi insan yang berjaya adalah mereka yang sabar dengan ujian tersebut..
kalo kita kenal diri kita..maka xsusah mau taat pada perintah Allah..
kalo kita sentiasa updet tahap iman kita maka makin mudah kita nak sedar diri yang selama ni duk lagha je..
1st yang nak kena updet is solat..
kenapa nak updet solat plak?sebab solat adalah mende pertama yang disoal kat alam sana nanti..baik cek awal2 sebelum ditanya oleh 2malaikat..ye x?
camna solat kita?kenapa kita solat?berapa rakaat solat yang khusyuk?Allah terima x solat kita ni?
para sahabat,para solihin, para ulama' solat untuk khusyuk...
kita solat untuk apa?adakah sebab tuntutan?rutin?status hamba?ataukah sebab xnak masuk neraka?
jauh benar beza solat2 kita dengan solat2 mereka yang berstatus para sahabat..
untuk dapatkan khusyuk dalam solat kita cek balik rukun iman yang kita yakini setiap satu dari enam perkara tu.
orang islam hendaklah percaya dan meyakini rukun2 iman dengan sebenar-benarnya.bukan setakat membenarkan 6 perkara penting tu..
siapa orang-orang yang beriman tu?
"sungguh beruntung orang-orang yang beriman,(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya,"(Almukminun: 1-2)
"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,akan gementarlah hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"(Al-Anfal: 2)
"sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah.mereka itulah orang-orang yang benar."(Al-Hujurat:15)
macamana hati-hati kita sekarang ni?adakah kita benar2 orang yang beriman seperti yang disebutkan di atas?
gementarkah hati-hati kita?berjihadkah kita?jawab sendiri dalam hati masing2..u know urself better~
sedang orang yahudi laknatullah pon percaya patah bicara yang keluar pada mulut Rasulullah.mengapa kita yang berstatus islam dan meyakini bahawa Muhammad S.A.W tu Rasulullah susah nak percaya?malah susah nak ikut..
lihat saja apa yang yahudi buat?mereka bina pagar yang utuh pada 4penjuru masjidil aqsa di palestin..kenapa?
sebab mereka yakin pada kata-kata baginda S.A.W bahawa "akan lahir Imam Mahdi dari keturunanku, dari kaumku, di salah satu dari 4 penjuru besar."
Saidina Ali pernah menyebut tentang 4 perkara..
1) Allah takkan meletakkan rasa tenang dan takut dalam hati manusia pada satu masa yang sama.
2) Amalkan apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an.baca..kemudian pelajari tentangnya(agar kita tahu) dan beramallah dengan isinya..
3) Redha dengan nikmat yang sedikit ataupun musibah yang melanda..
4) Persediaan untuk menghadapi hari perhitungan nanti.Percaya bahawa hari tersebut akan tiba dan persiapkan diri menujunya..
Thauban datang kepada Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda,"akan tiba satu masa di mana orang islam akan dikerumuni dan dibunuh beramai-ramai."
Thauban bertanya,"adakah orang islam dalam jumlah yang sedikit pada waktu itu?"
baginda menjawab,"mereka ramai..tapi ramai yang cinta kepada manusia dan benci kepada mati!"
selamat hari jadi dan selamat dekat kepada mati kepada yang menyambutnya hari ni..rasanya besday abang i ari nih.walaupun xwish, saya tetap ingat afte diingatkan,kire ok la tu..
bila tiba besday...maka makin dekat gak pada tarikh kematian..tarikh untuk ke negeri abadi.
bersediakah kita menghitung masa, mempersiapkan diri ngan amalan2?
bukankah dunia ni jambatan ke akhirat?maka watpe gak kita sibuk2 nak kumpul harta banyak2 untuk idup best kat dunia?sedang akhirat negeri abadi kita yang sememangnya akan kita hadapi nanti.
bukan xperlu kerja langsung tapi agak2 la nak mengumpul duit pun..xyah la amek hak orang lain.kan?harta yang lebih2 tu simpan sket untuk hak2 mereka yang fakir..untuk mereka yang xberdaya nak kerja sendiri..
Tahukah kita bahawa Allah S.W.T amat menantikan hamba-hambaNya pulang dengan membawa ketaatan dan dalam keadaan bertaubat?
Janji Allah, orang yang berjihad (nyawa dan nafsu) akan bersama hamba-hamba yang dikasihiNya..
Allah menerima hambaNya yang bertakwa dengan sangat gembira.
diibaratkan seperti seorang musafir yang kehilangan kuda,makanan dan senjata di tengah padang pasir dan menemui bekalan2nya kembali..malah kegeembiraan Allah mengatasi kegembiraan musafir itu.Subhanallah..lihatlah..betapa Allah sangat gembira dan memuliakan hamba yang bertakwa serta taat kepadaNya..
moga Allah mengampuni kelalaianku selama ni..dan moga langkah seterusnya akan lebih teguh,insyaAllah..
moga Allah menerima setiap amalanku, agar tidakku tergolong dalam golongan yang muflis di sana nanti..sungguh pedih andai itu yang terjadi..jauhkanlah Ya Allah...
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun."(An-Nisa' :49)
Islam...agama yang mahal,tapi mudah..malah indah sekali...
teringat cerita sahabatku...beraagama kristian,SDA katanya.."kami xdibenarkan makan ba**,minum arak,minum nescafe,kopi,makan makanan laut,bertindik,dan banyak lagi peraturan kami..kami khaskan sabtu untuk beribadat dan hari lain untuk kerja.kami sangat menjaga perbuatan kami."
saya tanya dia.."so,kamu memang xpernah makan la mende2 tu ya?dan memang kamu xbuat kerja lain hari sabtu?saya ada baca pasal ni dalam Qur'an..kisah kaum yang beribadat pada hari sabtu."
"haa..kami la tu.sebenarnya ada je saya makan.hehee..well,im not dat suci.."
"ohh..xberdosa ke?"
"......"
lihatla..macamana indahnya islam ajar kita..
apabila Allah larang buat something,maka kita xleh buat walaupun sekali,walaupun sikit..
kita diajar bahawa yang salah itu dosa dan dosa itu sesuatu yang berat untuk ditanggung.nak buat dosa terus terbayang api neraka..
malah walaupun kita xnampak Allah,hubungan antara hamba dan Yang Maha Pencipta sentiasa ada..pada setiap solat dan pengharapan kita padaNya..kita tetap yakin dan percaya Dia ada..Dia Wujud.dan kerana itu kita amanah atas setiap suruhanNya..kita amanah mengerjakan apa yang disuruh dan menghindari apa yang dilarang...indah cara islam mengajar kita.sehinggakan ada insan yang berkata pada saya."saya suka islam.orang islam nampak suci.."
islam itu dari Allah S.W.T..Rahmat untuk sekalian alam dari Tuhan Yang Menciptakan..
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.

