pernah dengar kisah burung yang melompat?
atau lelaki yang bertudung?
atau beruang yang menyusur?
pelik...
tapi wujud.!
percaya x??hehee..
saya pon xtau gak ni..
cumanya,bila pikir2 balik...btol la.
kita= manusia,
manusia yang beriman pada Allah,..
mengaku dengan lidah dan hati bahawa kita adalah orang islam!
woi orang-orang sekeliling!!
i am muslim,and im proud to be a muslim!
tapi....
belek balik perbuatan kita..pemakaian kita..percakapan kita...
adakah semuanya melambangkan kita ni orang islam??
kembali pada islam yang menyeluruh..bukan islam yang separuh-separuh..
kalo separuh-separuh tu ok lagi la..
tapi ada yang langsung xda beza ngan manusia yang non-muslim.
bangga mengatakan yang diri islam
tapi membuatkan insan2 sekeliling keliru..
dia ni islam ke x?
sama la macam seekor arnab yang dipanggil katak..
nampak macam arnab..tapi kenapa nama katak?
nampak macam bukan islam tapi katanya islam.?.
nampak x kaitannya?
bukan nak fitnah orang yang xberpakaian islamic sebagai kafir..x..bukan,jauh sekali...
tapi sebagai meluahkan buah fikiran bila terlihat perumpamaan tu.
orang islam yang xmenggambarkan ciri-ciri muslim adalah seperti kambing yang dipanggil harimau.
xmasuk...x fit..x jjadi..
maka fikir-fikirkan sendiri.
apakah kita mencerminkan diri sebagai seorang islam atau sekadar nama di atas nama.
macamana nak cerminkan islam???
1st nak tengok (kalo pompuan) tudung atas kepala..indah tertutup..TERTUTUP semua yang perlu ditutup..
2nd solat mesti nak kena jaga..(yang ni paling utama)
3rd jaga pakaian so dat semua yang dikenali sebagai aurat terhindar dari ancaman pandangan yang bukan mahram.
4th jaga pergaulan..jaga2..ikhtilat dalam proses hidup seharian.orang islam xsenang2 nak pegang bukan mahram.
5th cara percakapan..xkan keluar dari mulut orang islam patah kata yang keji dan mungkar..mengutuk.mengeji.mencarut.memaki...tu bukan patah perkataan yang mencerminkan peribadi muslim..
6th....
7th..
8th..
9th...
u name it.semua yang baik2,lembut2,indah2 dan mendamaikan itu adalah islam.kerana islam itu sendiri adalah indah!=)
sering saya sendiri tercari-cari siapa saya yang sebenarnya..
adakah saya ni baik?suka merungut?pantang ditegur?kontrol maco?jiwang?maukan keperfekan?pemalas?
dan sekarang...saya tau siapa saya..
saya adalah manusia yang sejak azalinya merupakan abdi...hamba..hamba kepada Allah yang Maha Berkuasa.
berdasarkan Al-Qur'an yang saya yakini kebenarannya..dan saya cuba untuk turuti semua yang diajarkan di dalamnya..insyaAllah..
saya seorang yang tak pandai (dalam bahasa lainnya bodoh)
"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan meaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,"
saya seorang yang clumsy atau tergesa-gesa
"Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan.Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa."(17:11)
saya seorang yang kedekut
"katakanlah (Muhammad), 'Sekiranya kamu menguasai perbendaharaan rahmat Tuhanku, nescaya (perbendaharaan) itu kamu tahan, kerana takut membelanjakannya.'Dan manusia itu memang sangat kedekut."(17:100)
saya seorang yang cepat berputus asa dan ego
"Dan jika Kami berikan rahmat kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih."(11:9)
saya seorang yang lupa daratan
"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia.. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dariNya).Dan manusia memang selalu ingkar(tidak bersyukur)"(17:67)
saya seorang yang banyak membantah
"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan.Tetapi manusia adalah yang paling banyak membantah."(18:54)
saya seorang yang xsedar diri
"Dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata!"(36:77)
saya seorang yang suka merungut
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh"(70:19)
saya seorang extremist atau lebih2
"Sekali-kali tidak!Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas,"
saya seorang yang suka buat jahat
"tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus."
paling basic,saya adalah seorang hamba yang hina~
makanya....kena banyak2 bertaubat..
kena banyak2 buat kebaikan..
kena banyak2 ingat Allah dalam ingatan dan ujian kehidupan..
kena banyak2 solat tahajjud sebab kat situ ada kekuatan untuk tinggalkan keburukan..
kena banyak2 doa agar tak lari tempat pergantungan kita selain dari Dia..
kena banyak2 sedar diri yang kita adalah insan..insan yang diciptakan dengan fitrah seorang hamba yang seringkali perlu diingatkan.
jangan sombong bila diingatkan.
jangan amek mudah dengan peringatan.
jangan kerek untuk terima teguran.
jangan poyo dalam kemaksiatan.
"wake up! beware of dis world...it is full of mistery,dat bring up lots of tragedy.."by kogsiisiminda
إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَنِ عَبْداً
"Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba."
(Surah Maryam ayat 93)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan