bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Isnin, Disember 06, 2010

hijRah iTu PeRjuAnGaN

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah kerja2 praktikal di permudahkan..=)
walaupun kadang2 ada gak yang agak mencabar jiwa, tapi pastinya sentiasa disertai hikmah yang besar dan tak terduga..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..


baris,akan menghadap ke kanan,ke kanan pusing!
dari kanan..cepat jalan!
tu simfoni kawad kaki skolah time muda dulu-dulu..setiap arahan ketua pasukan,semua anak buah pakat follow..xkesah la anak buah besar ke kecik ke.gaduh kat luar barisan ke..sume pakat follow arahan.
ini yang namanya teamwork n disiplin n profesional.
saya xcakap saya sgt suka pada teamwork..tapi bila mana kite perlu be in a team,maka mengapa mesti ada pecahan kepada 2,3,4,5,.....
kisah gaduh2 hal peribadi ni, x elok la nak bawak2 ke 'pejabat'..
hal2 rumahtangga toksah la nak jamu kat kawan2 even kita dan dia sekepala..
masalah2 hati yang jeles kat orang jangan la nak kasitau orang len.
bukan pelik bila mende2 ni kita suka nak berkongsi..tapi adakalanya bila kita banyak bercakap,
makin banyak mende auta yang kita bawak..
makin best kita petah berbicara, makin banyak keburukan sendiri yang kita buka..
makin laju ampu ketua, makin jelas maksud 'kebaikan' kita..
yang paling jelas...
makin suka kita menyebarkan kata-kata dusta dan sia-sia, makin dekat kita pada neraka!!
beb,kita cakap sal neraka...
bukan taman permainan tempat suka-suka...
it was NERAKA!!!wey..api panas tu~~~~!!


ni baru api dunia yang brape ratus kali ganda xpanas dari api neraka...

saye xsuka mau gaduh2, saye xpandai mau bising2...
saye suka yang damai2..saye suka yang senyum2..takmau ketat2..xmau moody2..xmau umpat2..
adik saye cakap "mu bosan sangat dh ke makan daging lembu smpai nak tambah daging manusia plok?"
kalo ngumpat = makan daging sedara sendiri..kalo sebar fitnah?
pikir2 la sendiri...
dalam qur'an ada sebut.."dosa menyampaikan fitnah lebih besar dari membunuh"
oleh itu???solusinya di tangan sendiri.~

saye perasan..saye makin xbersemangat nak tulis pape..
bukan sebab dah xde semangat..tapi bimbang keredhaan tu xde..pasal hari2 yang dilalui banyak yang sia-sia.
mana masa untuk zikir?
mana masa untuk ibadat?
mana masa mahu berselawat?
oh Allah..tenangkan jiwa kami dengan hati yang penuh rasa bertuhan...
moga tahun baru ni adalah yang terbaik untuk kami2..

"Kamu adalah rangkaian dari hari-hari. Jika satu hari telah berlalu, maka akan berkurang umur kamu."

salam ma'alhijrah buat teman2..salam tahun baru.salam perubahan.salam kebaikan.salam perantauan..
apa kebaikan yang dah dilakukan?
apa amalan untuk dijadikan penutup buku amalan untuk disimpan?
cepat je masa berlalu kan?
kenangan ma'alhijrah tahun lepas agak unik bagi saya..unik dan sayang untuk ditinggalkan.
xsangka...tapi itulah dia.semuanya bagaikan biasa2 walaupun ada yang merana.
hari-hari tetap berlalu walaupun kita kekadang xmahu..
dan pertukaran hari ni berlalu bukan sia-sia xde makna..

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal." (QS Ali Imran :191)


pergantian hari=tahun berlalu=umur bertambah..

umur bertambah maksudnya???kuota umur berkurang...
sebenarnya makin bertambah umur,makin dekat kita ngan tarikh kematian..
sama ada kamu suka ataupon tak,kematian tetap datang kepadamu tanpa satu detik awal atau lewat sekalipon.
betapa kalo Allah dah kata masa kita dah sampai,maka that's it!
dan negeri seterusnya adalah alam akhirat...
alam di mana semua penyelesaian kepada setiap permasalahan manusia dilaksanakan secara seadil-adilnya.

Kalo kat dunia, masalah2 mungkin masih boleh di manipulasi .kesalahan ditutup dengan masalah lain yang sengaja ditimbulkan...namun di akhirat nanti, semuanya akan dibuka dan putuskan secara adil.
terang-terang dan satu persatu akan ditayangkan depan kita..
cakap sal tahun baru hijrah ni,masih ingatkah kita pada peristiwa hijrah para sahabat yang dipimpin Rasulullah s.a.w.
ingatkah kita sebenarnya kejayaan islam pada hari ni disebabkan berjayanya hijrah Nabi Muhammad yang mulia ke yathrib(Madinah).

Menurut Hasan Al-Basri, sesungguhnya Allah telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram dan ianya dinamakan bulan Allah kerana besar kehormatan dan kemuliaannya setelah bulan Ramadhan.

Muharram, bulan yang tiba-tiba mengetuk batin kita untuk segera mengenang peristiwa besar dalam sejarah,peristiwa hijrah Nabi Muhammad.saw dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

ni baru cakap sal kesedaran yang kita patut dapat pada awal tahun hijrah...xmasuk lagi makna sebenar hijrah tu..
tapi saye tau dah ramai yang memang sedia maklum makna hijrah..
hijrah is equals to pindah.


ada dua bentuk iaitu hijrah makaniyah(hijrah tempat) dan hijrah ma'nawiyah(hijrah hakiki)
hijrah tempat ni macam xsesuai untuk zaman kita n keadaan kita,..
pasal kita dah best duk mesia ni,even politik agak porak poranda tapi sebagai rakyat mesia saye tetap bangga duk sini..
bukan la nak kate xde langsung semangat juang nak bertempur ngan puak2 zionis kat negara ikhwan-akhawat kat palestin sane tu..tapi daerah mesia ni aman dan xperlu nak hijrah pi mana2 dah..
so kite boldkan hijrah ma'nawiyah or hijrah hakiki...

Dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya aku sentiasa berhijrah kepada Tuhanku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS Al-Ankabut : 26)

"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (QS Al-Muddatsir : 5)

a. Meninggalkan kekufuran menuju keimanan.
b. Meninggalkan syirik menuju tauhid (hanya mengesakan Allah).
c. Meninggalkan kebiasaan mengingkari nikmat-nikmat Allah menjadi pandai bersyukur.
d. Berpindah dari kehidupan jahiliyah ke arah kehidupan Islam sebenar.
e. Berpindah dari sifat-sifat munafik dan tidak tetap pendirian menjadi istiqamah.
f. Mempunyai komitmen yang kuat pada nilai kebenaran dan meninggalkan kebatilan.
g. Meninggalkan perbuatan, makanan dan pakaian yang haram kepada kehidupan yang berpaksikan yang halal lagi baik.
h. Meninggalkan maksiat menuju taat hanya kepada Allah swt.
i. Meninggalkan kedengkian, kebohongan, rasuah, saling menjatuhkan sesama orang beriman, menyia-nyiakan waktu serta kebiasaan hidup yang menjadi beban kepada manusia lain dan juga masyarakat.

orang mukmin xjatuh dalam jurang dosa yang sama dua kali..

saye dah jatuh banyak kali...banyak sangat!
adakah saye ni buta..kekadang hati mengeluh sendiri.
mana jalan keluar dari masalah ini..ade sesape mau tolong bawak jiwa berdosa ni ke alam baru x..
tapi di awal taun ni...saye yakin.saye yakin bahawa Allah sangatlah amat Maha Pengampun dan Pengasih..


jom hijrah bersama-sama!!


Rasulullah saw bersabda :


"Barangsiapa yang berhijrah untuk Allah dan RasulNya maka hijrahnya untuk Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah untuk dunia (untuk memperolehi keuntungan duniawi) dan untuk menikahi wanita maka hijrah itu untuk apa yang diniatkannya." (HR Bukhari)

Rasulullah saw bersabda,

"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam" (HR Muslim)

Dalam hadits lain beliau menjelaskan bahwa puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) boleh menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu.

Dari Abu Qatadah ra, Rasululllah saw pernah ditanya tentang puasa hari 'Asyura, beliau bersabda:
"Saya berharap ia boleh menghapuskan dosa-dosa satu tahun sebelumnya". (HR Muslim)

Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."

2 ulasan:

hazirah_mm n_n berkata...

emah...sob sob..sedih...
sy pon dh byk kali sgt terjatuh, tp tolonglah, jgn biar sy terus terjatuh!!!!
bke ni!!!
http://www.youtube.com/watch?v=qOYB87uKg-0

ikhlas dr hati..rindu sgt2, rindu nk dgr nasihat dr emah..sedih, rindu sgt2!!!indahnya ukhwah klu semuanya keranaNya..luv u fillah dear~*mode nangis..huu T.T*

hazirah_mm n_n berkata...

saje je....n_n
rinduuuuuuu.......