Bacalah..Bacalah dengan nama Tuhanmu..
Manusia memang tak lari dari cerita tentang CINTA. Tapi hakikatnya mengertikah kita tentang maksud cinta yang sebenar? Bila disebut tentang cinta kita akan mengatakan cinta ALLAH adalah yang cinta utama, cinta yang hakiki, cinta yang sebenar, cinta yang tak akan luput, cinta yang kekal selamanya, cinta yang....yang...yang....(dan banyak lagi).
Tapi sedihnya kita tak mencari cinta itu.Kita kata kita cinta, tapi apa buktinya??
Tunjukkan bukti itu jika betul-betul kita cinta ALLAH...
cuba fikir baik-baik mana kita nak tunjukkan bukti itu. Mana kita simpan semua bukti-bukti itu.?mana?? mana??
Rasanye mungkin kita dah dapat sedikit bukti kita cinta ALLAH. Maklumlah, mungkin ada bukti yang tertinggal di rumah, di pejabat, atau dimana-mana. Kita kan manusia mudah lupa. Semua tahu manusia memang mudah lupa.
Kita cuma boleh tunjuk bukti cinta kita pada ALLAH dengan kain telekung kita, sejadah, tasbih, Al-Quran, buku-buku agama, kain pelekat, songkok, ketayap, sijil penghargaan menyumbang derma, record suara kita baca Al-Quran, ayat-ayat Quran mp3, zikir mp3, CD ceramah agama, alarm azan di komputer, kitab Yasin, Al-ma'tsurat dan macam-macam lagi bukti yang kita ada. Kan dah banyak bukti tu. Cukup lah tu.
Betul ke cukup?? Hakikatnya kita tahu itu semua tak cukup. Betul ke tidak?? Jawab dulu................
kita tahu jawapannya ‘Betul’. Lepas ni nak terus cari bukti lagi ke??
Bukti cinta kita sebenarnya pada amal kita.
Tapi Mana kita nak tunjuk semua amal kita?? Nak tunjuk balik cara kita solat, sedekah, baca Quran dan macam-macam lagi depan ALLAH.. atau pun nak tunjukkan yang kita dah rakam segala amal kita guna video camera..adei.. susahnya nak tunjuk bukti ni...kalo nak tunjuk bukti ikhlas pada setiap amalan lagi2 la susah.kan?.
Betul ke susah?? senang je..Ye la senang, buat ape susah-susah nak pergi cari bukti, ALLAH dah ada samua buktinya.. kat akhirat nanti tinggal tengok wayang je segala bukti cinta kita pada ALLAH.
bukankah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan..maka toksah la nak tipu diri sendiri hal ikhlas tak ikhlas ni..
Kalau tak percaya, Carilah sendiri bukti tu, sampai mati pun tak akan jumpa.. macam mana lah nak jumpa, semua bukti pada ALLAH, bukan pada kita.Yang kita ada tu semua bukanlah bukti, tu semua hanyalah hiasan di dunia ni..
Sebenarnya tak payah kupas lagi pasal perkara ni, sebab kita semua tahu. Cuma buat-buat tak tahu jeYa ALLAH, jahil nya kite ni....kadang2 jahil melebihi saudara2 yang baru kembali pada fitrah. Kenapa kita ni jahil sangat ye?? Kenapa?? Nak tahu kenapa??
Sebabnya bila kita dapat hidayah ALLAH, kita tak ambil nya cepat-cepat. Akibatnya hidayah tu pergi tak kembali.
Contohnya,dihati kita terlintas nak sedekah, tapi bila kita tengok dompet, duit kita ni macam tak cukup je nak buat beli barang, jadi kita pun kata ” nantilah tunggu duit cukup”. Malangnye bila duit cukup, kita pula lupa nak sedekah. see...kan dah rugi tu..
Contoh lain, hati kita kata seronoknya tengok orang perempuan tu pakai tudung, sopan je, cantik pulak tu. Tapi kita tak cepat-cepat nak pakai tudung, alasanya nantilah dulu tunggu kita ubah perangai kita jadi baik.
Malangnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tudung pun tak pakai-pakai lagi. Akibatnya hidayah tak kembali lagi. Haa...kan dah rugi tu..
Kita lupa antara jadi baik dengan pakai tudung mana yang wajib. Tutup auratlah yang paling wajib diikuti dengan akhlak yang mulia.
Takut orang mengata kita tutup je aurat, tapi perangai macam setan?? Yang kite ni dah tutup aurat baik-baik tapi pergi merempit,mengumpat, bertepuk tampar dengan lelaki buat apa... siapa suruh?? Mari kita fikir baik-baik.
Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti aurat lelaki perempuan separuh terbukak, kita akan kata astaghfirullahal'adzim.bagus..memang bagus bykkan istighfar..
Namun Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?! Mestilah haram...Macam mana kita ni...haisss.
contoh lagi, bila azan berkumandang kebetulan kita sedang buat kerja, hati kita kata sekejap lagi lah.. Malangnya, kita tak gerak-gerak lagi pergi solat sampai waktu solat lain dah nak masuk. Kita lupa, azan mengatakan “haiya `ala solah” “haiya `ala fallah”. Maksudnya “marilah menunaikan solat”,” marilah menuju kejayaan”..
siapa yang solat dialah orang yang berjaya.
So, Bila kita lambatkan solat, kita lambatlah berjaya.Hidayah diberi oleh ALLAH melalui pendengaran kita, tapi kita tak ambil. Akibatnya hidayah itu pergi buat selamanya.. Huh...kan dah rugi lagi tu
Hidayah dari ALLAH kalau nak disenaraikan semua contoh yang ada kat dunia ni memang tak terkira banyak nya, malangnya orang yang ‘alert’ je yang boleh dapat.
Kesimpulannya, jadilah manusia yang sentiasa ‘alert’ dengan hidayah ALLAH, seperti mana kita ‘alert’ dengan ringtone masej di telefon kita. Dan jadilah lebih ‘alert’ dari itu.
Hidayah ALLAH ada di mana-mana, disekeliling kita, ia tak pernah jauh kecuali kita yang jauh darinya.
Andai tersalah perbetulkan. Saya juga hamba ALLAH yang lemah, terlalu lemah sangat-sangat.... maaf atas segala kesalahan dan cacat-cela dalam penulisan ini.Sedarlah kita semua, dosa kita begitu banyak untuk dipikul. Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everast, tinggi lagi dosa kita. Larilah dari segala perkara yang boleh medatangkan dosa kepada kita. Kita semua tahu hakikat ini.. janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.. sama-samalah kita menasihati sesama kita.
artikel ni di copy dari emel...
"Benar, Hidayah dari Allah. Tapi, usaha mendapatkannya adalah atas tangan manusia itu sendiri"
jiwa yang di tarbiyah ini...
terkadang lesu menangis sendiri..
sering juga ku pandang kanan kiri..
mencari-cari siapakah dia yang mengerti...
duhai hati yang inginkan bahagia...
tersenyumlah dikau biar sengsara...
bersemangatlah berjuang demi agama...
supaya tabah di hari muka..
sang iman yang menginginkan syurga...
ajarlah hatiku agar tundukkan nafsu..
didiklah jiwaku tinggalkan dunia..
biarkan aku kembali pada Tuhanku..
diriku yang inginkan karamah...
jangan pernah mahu mengalah..
walau kerap engkau tersalah..
tetaplah dikau dalam mujahadah..
duhai hamba yang berdosa...
bukanlah dirimu seorang perwira bangsa..
juga tidak kau seorang penakluk dunia..
mungkin pernah dikau terjatuh dengan dunia..
namun yakinlah pada Dia..
engkau juga layak memohon syurgaNya..
dalam taubatmu atas takutnya neraka..
duhai kamu yang lesu tak bermaya..
bukan salahmu inginkan nasihat berguna..
kerana engkau pon manusia biasa...
xpernah lepas dari lelahnya rasa..
tapi kau juga tahu dirimu bagaimana..
bukan semudah meluahkan rasa di jiwa..
jiwa yang di tarbiyah ini...
terkadang lesu menangis sendiri..
sering juga ku pandang kanan kiri..
mencari-cari siapakah dia yang mengerti...
duhai hati yang inginkan bahagia...
tersenyumlah dikau biar sengsara...
bersemangatlah berjuang demi agama...
supaya tabah di hari muka..
sang iman yang menginginkan syurga...
ajarlah hatiku agar tundukkan nafsu..
didiklah jiwaku tinggalkan dunia..
biarkan aku kembali pada Tuhanku..
diriku yang inginkan karamah...
jangan pernah mahu mengalah..
walau kerap engkau tersalah..
tetaplah dikau dalam mujahadah..
duhai hamba yang berdosa...
bukanlah dirimu seorang perwira bangsa..
juga tidak kau seorang penakluk dunia..
mungkin pernah dikau terjatuh dengan dunia..
namun yakinlah pada Dia..
engkau juga layak memohon syurgaNya..
dalam taubatmu atas takutnya neraka..
duhai kamu yang lesu tak bermaya..
bukan salahmu inginkan nasihat berguna..
kerana engkau pon manusia biasa...
xpernah lepas dari lelahnya rasa..
tapi kau juga tahu dirimu bagaimana..
bukan semudah meluahkan rasa di jiwa..

8 ulasan:
Salam fatima... kte mohon tuk wat linknye ke blog kita ya... untuk share dengan sahabat-sahabat..
wsalam eqa..
sila la^_^
moga bermanfaat,insyaAllah..
yeah yeah, sy sokong !!!
huaaaaa, dop ahu nk kabo gane...
hny huaaa je mmpu terucap..
ayt yg sgt terkesan di hati..
wawawa, tapi as conclusion,
mari kte same2 jadi baek blake !! :)
sy sambung...huaaaaaaaaaaaaaa~~heheh
yep..mari kita jadi baik bersama..
sbb bukan kite sorang nak masuk syurga..^^,
imah..like sgt n..bley nk share..?
imah like sgt.nk share..huuhuhu
oooh.sila2 share..^_^
oooh.sila2 share..^_^
Catat Ulasan