Alhamdulillah atas segala ujian yang diberikan...dengan adanya ujian ini, makin terasa diri ini disayangi Tuhan..
maka terjadila hipotesis senang..semakin banyak ujian semakin banyak hamba mengadu pada Tuhan.(harap2nya)
"salam..mau join gi UIA x sabtu ni?ada persembahan nasyid."
"eh,bleh gak..if ada pompuan la.kalo sorang.xmau.hehe"
"salam..jumaat ni meeting sal 120minit bersama....reply if xleh hadir.tq"
"salam..straighten me if i was wrong"
"assalamualaikum nak.."
"waalaikumsalam pakcik.."
"hapela korang ni!tempat solat pon xtau.korang xsolat ke?
"erk..pakcik..nak suh saya senyum ka nk suh saya menjawab ka nak suh saya diam?saya baru ari ni kat sini oke~(dalam hati jela..)"
~iklan sementara~
mende simple n normal yang sepatutnya xdibiasakan..
iaitu bila ada ujian,baru la kita2 sebagai hamba ni nak ingat Dia..
bila idup senang lenang boleh langkah longkang kiblat pon susah mau cari arah mana,.
btol ke ada yang sebegitu?
jangan..jangan pernah buat begitu...
sebab saya pon xmau percaya ada manusia yang semudah itu melupakan Allah Yang Satu..
tapi harus diterima gak keadaan ni..pasal mmg btol..xleh nak nafikan mende yang memang blaku.
AllahuRabbi..
ampunkanlah hambaMu...atas kelemahan kami mencegah yang mungkar dan mengajak kepada kebaikan..
bukankah Rasulullah s.a.w dah bersabda..
"Tidaklah akan berlalu setiap zaman kepada manusia melainkan golongan yang terkemudian akan lebih jahat daripada golongan sebelumnya sehinggalah kamu menemui TUHANmu."-hadis sahih riwayat al-Bukhari,Ahmad dan Tarmizi.
kebaikan makin berkurangan dan kejahatan serta kejahilan bertambah berkembang..
kalo kita perhati masa kini ngan masa dulu...
even saya BARU JE 20 taun lebey2 idup kat dunia ni..bleh nampak yang skang ni dh terlampau sangat banyak 'kelainan' yang berlaku..mende2 pelik bagaikan normal..mende2 baik memang sah2 orang anggap pelik!
oh dunia...betol la..
kita kat zaman akhir..bukan zaman pertengahan mahupon awal zaman..
contoh mudah saya amek..(pasal kejatuhan nilai moral )dulu2 kalo mau tengok cite2 pelik aka lucah, nak kena seludup dulu..pastu mau kena sorok2 pasal takut kantoi ngan sesapa..pastuh bila xde oranglen baru bleh tengok video tuh.
tapi skang...boleh nampak ngan jelas...even akhbar2 tempatan yang berbahasa melayu n memang khas untuk rakyat malaysia yang majoriti beragama islam pon ada gambar yang tayang mende2 xpatut...
konon mau cite sal karier artis tapi ntahape2 kesah peribadi ditayang..
tu salah satu la.blom iklan baby johnson yang ada suara menggoda lagi.ni pon xmasuk yg part iklan air minuman yg ada gadis2 cun ngan pakwe2 ensem pakai ntahape2.haihh~
terang lagi nyata sangat la untuk manusia2 yang dalam hatinya ada penyakit...
wat de hal bila bahan2 yang sepatutnya ditutup rapi jadik bahan tontonan semua manusia.
kesian mereka yang mahu menjaga mata..kesian kaum mereka yang sepatutnya tebal ngan rasa malu..
saya mcm dah buat kputusan yang rumah saya nanti xkan ada tv.hehe~
kalo ada pon yang bleh pasang channel katon spongebob ja.pasal spongebob ngan kwn2 dia tu xpela xpakai baju pon..huhu..
Seolah-olah dada ni sesak..macam nak kena pakai high flow mask with 13ml Oxygen dek mehnah dunia yang byk sangat masalah.
Tapi masalah2 jiwa ni x pula buat kita nafikan yang masih ada kebaikan dan kenikmatan dalam dunia ciptaan Allah ni..Dah dijanjikan bahawa kebenaran takkan sama sekali hilang dari muka bumi.
Ni la rahmat dan tanda kasih sayang Allah pada kita..
di uji ngan pahit dunia,,tapi tetap dikurnia penawar seindah kemuliaan hambaNya..
Firman Allah s.w.t :
"Di antara orang yang beriman itu ada lelaki-lelaki yang membenarkan apa yang dijanjikan oleh ALLAH kepada mereka, maka di antara mereka ada pula yang sudah gugur dan juga di antara mereka masih ada yang sedang menanti dan mereka tidak sedikit pun bergoyah."(Surah al-Ahzab:23)
begini la Allah mengimbangi hidup kita sebagai manusia..Benar seperti firmanNya...tidaklah manusia diciptakan tanpa arah tujuan.
ibarat permata di tengah laut..macam sebutir intan kat rantai emas,macam tu la diumpamakan golongan2 soleh yang sentiasa menegakkan kebenaran.berusaha melaksanakan perintah Allah tanpa malu segan..
Subhanallah..masih ada lelaki soleh walaupun di akhir zaman...so,jangan kalian risau duhai gadis2 solehah.(^_^)
"Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada ALLAH dan RasulNya ; mereka itu diberi rahmat oleh ALLAH; Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(at-Taubah:71)
walaupon golongan yang baik2 ni sket je..tapi sangat berharga dan bernilai di sisi agama.
Malah ganjaran ALLAH kepada golongan2 baik (menjaga diri dan mentaati perintah ALLAH dan RasulNya) ni sangat besar dan berlipat kali ganda.
Ma'qal Ibn YAsar berkata bahawa Rasulullah s.a.w dah bersabda:
"Beribadat ketika zaman fitnah adalah seperti berhijrah kepada aku."-Riwayat Muslim dan at-Tarmizi serta Ibnu Majah.
bukan mudah mau jadik raja kepada nafsu yang mencengkam.
tapi kita ada ALLAH yang boleh genggam jiwa2 kita dalam rahhmatNya..
bermujahadahlah dalam kebaikan..
istiqamah dalam melaksanakan ketaatan..
jiwa yang terbiasa ngan mende baik xkan mudah2 nak twist jadik sebaliknya..
hati yang sentiasa tenang xkan senang ngan godaan nafsu yang melanda..
ayuh..kembali kepada Tuhan..
kat mana lagi kita nak perform jadik hamba yang taat kalo bukan kat dunia.kan?
kat mana lagi mau kutip pengalaman jadik budak baik kalo bukan time2 belia remaja ni.kan?
muda sekali ja..(kecuali kat alam lain nanti)
hidup pon skali ja..
tempat beramal kat sini ja...xda tempat len dah..
hmm..
kalo x kat sini..xkan dalam kubur nanti?
masa tu nak tundukkan pandangan pon dh memang xde oranglain..
masa tu nak sedeqah pon xde duit dah,..
sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya dunia ini ialah satu hamparan hijau yang indah dan ALLAH menundukkan kamu di dunia ini untuk melihat bagaimanakah kamu beramal; maka kerana itu bertakwalah kamu kepada ALLAH."-Hadis sahih Riwayat Muslim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan