bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Memaparkan catatan dengan label mau masuk syurga?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mau masuk syurga?. Papar semua catatan

Isnin, April 09, 2012

DOSA


Jaga diri dari dosa.
-Perkara wajib, JANGAN TINGGAL.!
-Perkara haram, JANGAN BUAT.!
-Perkara ragu-ragu??-elakkan dari mendekat.

 Life is about makin' decision between Hitam ngan Putih.Halal dan Haram.

tapi sayang...makin banyak plak mende kelabu tetiba muncul out of no where...
tak ke?

Jaga aib kita.jaga aib orang lain.
Jauhi umpat.jauhi fitnah.


Ahad, Disember 12, 2010

Siapakah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah semuanya kembali pada normal.bukan terlalu ekstrem mengejar dunia dan tak plak merasa sgt2 terpaksa dalam rutin ni..
kiranya kalo nak dihitung balik 2minggu ni overallnya ok la..
Seminggu di neuro 1b macam best!dengan staff yang boleh dikira maco melayan kami dan puan yang sering menghilangkan diri...ini sudah bagus!
katil-katil dihuni oleh pakcik2 yang walaupun xsihat tapi tetap manis tersenyum pada kami..=)
holla...berholiday di neuro 1b!!!!i like~
kat neuro 1b,ada sorang pakcik yang agak lain dari yang lain..apa yang lainnya?
dia sorang je yang saya nampak jaga solat..yang saya nampak la..yang saya xnampak saya xtau.huhu
dan dia salah sorang dari 2 insan yang pakai kopiah kat situ,
oke,,saya sebenarnya takut ngan pakcik ni tapi saya kena beranikan diri pasal tetiba saya kena 'jaga' dia.
1st nampak dia,tengah syok tido bersama buku 'menuju pas yang baru' di dada dan ikut penelitian saya dia bekas guru..emm,bekas cikgu fizik.
*saya terdengar time dia tgh cakap ngan kawan.hehee=D
pastu tengah syok2 saya termenung kat cardiac table,pakcik tu tegur..
(sambil tengok nama) ha kamu.....nak x suami soleh?
"erk..nak pakcik,mesti la nak..hehe"
"emm,pakcik doakan fatimah dan nurul dapat suami soleh"
"ameen..."
dan kawan saya blah tetiba..tinggal saya yang blurr xtau pape kat situ.
pakcik tu sambung cakap dengan hebatnya pasal nak cari suami soleh ni.
tetiba pakcik tu tanya"kamu ni asal mana?"
"terengganu pakcik"
"oh,,budak terengganu baik2.jangan risau.."
"eh,,baik xbaik xikut tempat pon..kalo pandai bawak diri,insyaAllah baik la..hehe"
"emm,tapi kamu nampak ok.kat tempat belaja ada masuk 'persatuan'?"
"ada..tapi persatuan kecik2 je..xde la yang gah terus tu.."
"takpela tu,kamu student kena slow2.xle tunjuk sangat.pakcik dah pencen takpe.."
"banyak2 selawat pada nabi..insyaAllah orang jadik segan ngan kita,kita pon malu nak bwat mende2 tak elok.."

itu la dia..kat mana2 pon status kita sebagai hamba kita kena bawak..
walau jadik pesakit kronik tahap apa pon...bukan mudah nak redha ngan kesakitan yang ditanggung tapi pergantungan pada Allah tu akan buat kita terima semua ujian ngan redha dan sabar.setiap orang akan diuji tapi insan yang berjaya adalah mereka yang sabar dengan ujian tersebut..
kalo kita kenal diri kita..maka xsusah mau taat pada perintah Allah..
kalo kita sentiasa updet tahap iman kita maka makin mudah kita nak sedar diri yang selama ni duk lagha je..
1st yang nak kena updet is solat..
kenapa nak updet solat plak?sebab solat adalah mende pertama yang disoal kat alam sana nanti..baik cek awal2 sebelum ditanya oleh 2malaikat..ye x?
camna solat kita?kenapa kita solat?berapa rakaat solat yang khusyuk?Allah terima x solat kita ni?
para sahabat,para solihin, para ulama' solat untuk khusyuk...
kita solat untuk apa?adakah sebab tuntutan?rutin?status hamba?ataukah sebab xnak masuk neraka?
jauh benar beza solat2 kita dengan solat2 mereka yang berstatus para sahabat..
untuk dapatkan khusyuk dalam solat kita cek balik rukun iman yang kita yakini setiap satu dari enam perkara tu.
orang islam hendaklah percaya dan meyakini rukun2 iman dengan sebenar-benarnya.bukan setakat membenarkan 6 perkara penting tu..
siapa orang-orang yang beriman tu?

"sungguh beruntung orang-orang yang beriman,(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya,"(Almukminun: 1-2)

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,akan gementarlah hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"(Al-Anfal: 2)

"sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah.mereka itulah orang-orang yang benar."(Al-Hujurat:15)

macamana hati-hati kita sekarang ni?adakah kita benar2 orang yang beriman seperti yang disebutkan di atas?
gementarkah hati-hati kita?berjihadkah kita?jawab sendiri dalam hati masing2..u know urself better~

sedang orang yahudi laknatullah pon percaya patah bicara yang keluar pada mulut Rasulullah.mengapa kita yang berstatus islam dan meyakini bahawa Muhammad S.A.W tu Rasulullah susah nak percaya?malah susah nak ikut..
lihat saja apa yang yahudi buat?mereka bina pagar yang utuh pada 4penjuru masjidil aqsa di palestin..kenapa?
sebab mereka yakin pada kata-kata baginda S.A.W bahawa "akan lahir Imam Mahdi dari keturunanku, dari kaumku, di salah satu dari 4 penjuru besar."

Saidina Ali pernah menyebut tentang 4 perkara..

1)  Allah takkan meletakkan rasa tenang dan takut dalam hati manusia pada satu masa yang sama.
2) Amalkan apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an.baca..kemudian pelajari tentangnya(agar kita tahu) dan beramallah dengan isinya..
3) Redha dengan nikmat yang sedikit ataupun musibah yang melanda..
4) Persediaan untuk menghadapi hari perhitungan  nanti.Percaya bahawa hari tersebut akan tiba dan persiapkan diri menujunya..

Thauban datang kepada Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda,"akan tiba satu masa di mana orang islam akan dikerumuni dan dibunuh beramai-ramai."
Thauban bertanya,"adakah orang islam dalam jumlah yang sedikit pada waktu itu?"
baginda menjawab,"mereka ramai..tapi ramai yang cinta kepada manusia dan benci kepada mati!"

selamat hari jadi dan selamat dekat kepada mati kepada yang menyambutnya hari ni..rasanya besday abang i ari nih.walaupun xwish, saya tetap ingat afte diingatkan,kire ok la tu..
bila tiba besday...maka makin dekat gak pada tarikh kematian..tarikh untuk ke negeri abadi.
bersediakah kita menghitung masa, mempersiapkan diri ngan amalan2?
bukankah dunia ni jambatan ke akhirat?maka watpe gak kita sibuk2 nak kumpul harta banyak2 untuk idup best kat dunia?sedang akhirat negeri abadi kita yang sememangnya akan kita hadapi nanti.
bukan xperlu kerja langsung tapi agak2 la nak mengumpul duit pun..xyah la amek hak orang lain.kan?harta yang lebih2 tu simpan sket untuk hak2 mereka yang fakir..untuk mereka yang xberdaya nak kerja sendiri..

Tahukah kita bahawa Allah S.W.T amat menantikan hamba-hambaNya pulang dengan membawa ketaatan dan dalam keadaan bertaubat?
Janji Allah, orang yang berjihad (nyawa dan nafsu) akan bersama hamba-hamba yang dikasihiNya..
Allah menerima hambaNya yang bertakwa dengan sangat gembira.
diibaratkan seperti seorang musafir yang kehilangan kuda,makanan dan senjata di tengah padang pasir dan menemui bekalan2nya kembali..malah kegeembiraan Allah mengatasi kegembiraan musafir itu.Subhanallah..lihatlah..betapa Allah sangat gembira dan memuliakan hamba yang bertakwa serta taat kepadaNya..

moga Allah mengampuni kelalaianku selama ni..dan moga langkah seterusnya akan lebih teguh,insyaAllah..
moga Allah menerima setiap amalanku, agar tidakku tergolong dalam golongan yang muflis di sana nanti..sungguh pedih andai itu yang terjadi..jauhkanlah Ya Allah...

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun."(An-Nisa' :49)



Islam...agama yang mahal,tapi mudah..malah indah sekali...
teringat cerita sahabatku...beraagama kristian,SDA katanya.."kami xdibenarkan makan ba**,minum arak,minum nescafe,kopi,makan makanan laut,bertindik,dan banyak lagi peraturan kami..kami khaskan sabtu untuk beribadat dan hari lain untuk kerja.kami sangat menjaga perbuatan kami."
saya tanya dia.."so,kamu memang xpernah makan la mende2 tu ya?dan memang kamu xbuat kerja lain hari sabtu?saya ada baca pasal ni dalam Qur'an..kisah kaum yang beribadat pada hari sabtu."
"haa..kami la tu.sebenarnya ada je saya makan.hehee..well,im not dat suci.."
"ohh..xberdosa ke?"
"......"

lihatla..macamana indahnya islam ajar kita..
apabila Allah larang buat something,maka kita xleh buat walaupun sekali,walaupun sikit..
kita diajar bahawa yang salah itu dosa dan dosa itu sesuatu yang berat untuk ditanggung.nak buat dosa terus terbayang api neraka..
malah walaupun kita xnampak Allah,hubungan antara hamba dan Yang Maha Pencipta sentiasa ada..pada setiap solat dan pengharapan kita padaNya..kita tetap yakin dan percaya Dia ada..Dia Wujud.dan kerana itu kita amanah atas setiap suruhanNya..kita amanah mengerjakan apa yang disuruh dan menghindari apa yang dilarang...indah cara islam mengajar kita.sehinggakan ada insan yang berkata pada saya."saya suka islam.orang islam nampak suci.."

islam itu dari Allah S.W.T..Rahmat untuk sekalian alam dari Tuhan Yang Menciptakan..

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.

Ahad, November 14, 2010

::AleRt pAda HidaYah::

Bacalah..Bacalah dengan nama Tuhanmu..
 
Manusia memang tak lari dari cerita tentang CINTA. Tapi hakikatnya mengertikah kita tentang maksud cinta yang sebenar? Bila disebut tentang cinta kita akan mengatakan cinta ALLAH adalah yang cinta utama, cinta yang hakiki, cinta yang sebenar, cinta yang tak akan luput, cinta yang kekal selamanya, cinta yang....yang...yang....(dan banyak lagi).

Sememangnya kita sedar tentang semua itu.
Tapi sedihnya kita tak mencari cinta itu.Kita kata kita cinta, tapi apa buktinya??
Tunjukkan bukti itu jika betul-betul kita cinta ALLAH...
cuba fikir baik-baik mana kita nak tunjukkan bukti itu. Mana kita simpan semua bukti-bukti itu.?mana?? mana??
Rasanye mungkin kita dah dapat sedikit bukti kita cinta ALLAH. Maklumlah, mungkin ada bukti yang tertinggal di rumah, di pejabat, atau dimana-mana. Kita kan manusia mudah lupa. Semua tahu manusia memang mudah lupa.

Kita cuma boleh tunjuk bukti cinta kita pada ALLAH dengan kain telekung kita, sejadah, tasbih, Al-Quran, buku-buku agama, kain pelekat, songkok, ketayap, sijil penghargaan menyumbang derma, record suara kita baca Al-Quran, ayat-ayat Quran mp3, zikir mp3, CD ceramah agama, alarm azan di komputer, kitab Yasin, Al-ma'tsurat dan macam-macam lagi bukti yang kita ada. Kan dah banyak bukti tu. Cukup lah tu.

Betul ke cukup?? Hakikatnya kita tahu itu semua tak cukup. Betul ke tidak?? Jawab dulu................
kita tahu jawapannya ‘Betul’. Lepas ni nak terus cari bukti lagi ke??
Bukti cinta kita sebenarnya pada amal kita.
Tapi Mana kita nak tunjuk semua amal kita?? Nak tunjuk balik cara kita solat, sedekah, baca Quran dan macam-macam lagi depan ALLAH.. atau pun nak tunjukkan yang kita dah rakam segala amal kita guna video camera..adei.. susahnya nak tunjuk bukti ni...kalo nak tunjuk bukti ikhlas pada setiap amalan lagi2 la susah.kan?.

Betul ke susah?? senang je..Ye la senang, buat ape susah-susah nak pergi cari bukti, ALLAH dah ada samua buktinya.. kat akhirat nanti tinggal tengok wayang je segala bukti cinta kita pada ALLAH.


bukankah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan..maka toksah la nak tipu diri sendiri hal ikhlas tak ikhlas ni..


Kalau tak percaya, Carilah sendiri bukti tu, sampai mati pun tak akan jumpa.. macam mana lah nak jumpa, semua bukti pada ALLAH, bukan pada kita.Yang kita ada tu semua bukanlah bukti, tu semua hanyalah hiasan di dunia ni..
Sebenarnya tak payah kupas lagi pasal perkara ni, sebab kita semua tahu. Cuma buat-buat tak tahu je
Ya ALLAH, jahil nya kite ni....kadang2 jahil melebihi saudara2 yang baru kembali pada fitrah. Kenapa kita ni jahil sangat ye?? Kenapa?? Nak tahu kenapa??

Sebabnya bila kita dapat hidayah ALLAH, kita tak ambil nya cepat-cepat. Akibatnya hidayah tu pergi tak kembali.



Contohnya,dihati kita terlintas nak sedekah, tapi bila kita tengok dompet, duit kita ni macam tak cukup je nak buat beli barang, jadi kita pun kata ” nantilah tunggu duit cukup”. Malangnye bila duit cukup, kita pula lupa nak sedekah. see...kan dah rugi tu..


Contoh lain, hati kita kata seronoknya tengok orang perempuan tu pakai tudung, sopan je, cantik pulak tu. Tapi kita tak cepat-cepat nak pakai tudung, alasanya nantilah dulu tunggu kita ubah perangai kita jadi baik.
Malangnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tudung pun tak pakai-pakai lagi. Akibatnya hidayah tak kembali lagi. Haa...kan dah rugi tu..
Kita lupa antara jadi baik dengan pakai tudung mana yang wajib. Tutup auratlah yang paling wajib diikuti dengan akhlak yang mulia.


Takut orang mengata kita tutup je aurat, tapi perangai macam setan?? Yang kite ni dah tutup aurat baik-baik tapi pergi merempit,mengumpat, bertepuk tampar dengan lelaki buat apa... siapa suruh?? Mari kita fikir baik-baik.


Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti aurat lelaki perempuan separuh terbukak, kita akan kata astaghfirullahal'adzim.bagus..memang bagus bykkan istighfar..
Namun Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?! Mestilah haram...Macam mana kita ni...haisss.

contoh lagi, bila azan berkumandang kebetulan kita sedang buat kerja, hati kita kata sekejap lagi lah.. Malangnya, kita tak gerak-gerak lagi pergi solat sampai waktu solat lain dah nak masuk. Kita lupa, azan mengatakan “haiya `ala solah” “haiya `ala fallah”. Maksudnya “marilah menunaikan solat”,” marilah menuju kejayaan”..


siapa yang solat dialah orang yang berjaya.
So, Bila kita lambatkan solat, kita lambatlah berjaya.Hidayah diberi oleh ALLAH melalui pendengaran kita, tapi kita tak ambil. Akibatnya hidayah itu pergi buat selamanya.. Huh...kan dah rugi lagi tu
Hidayah dari ALLAH kalau nak disenaraikan semua contoh yang ada kat dunia ni memang tak terkira banyak nya, malangnya orang yang ‘alert’ je yang boleh dapat.


Kesimpulannya, jadilah manusia yang sentiasa ‘alert’ dengan hidayah ALLAH, seperti mana kita ‘alert’ dengan ringtone masej di telefon kita. Dan jadilah lebih ‘alert’ dari itu.


Hidayah ALLAH ada di mana-mana, disekeliling kita, ia tak pernah jauh kecuali kita yang jauh darinya.

Hidayah bukan saja melalui hati, tapi melalui seluruh pancaindera kita. Rasailah ia...... wallahualam


Andai tersalah perbetulkan. Saya juga hamba ALLAH yang lemah, terlalu lemah sangat-sangat.... maaf atas segala kesalahan dan cacat-cela dalam penulisan ini.Sedarlah kita semua, dosa kita begitu banyak untuk dipikul. Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everast, tinggi lagi dosa kita. Larilah dari segala perkara yang boleh medatangkan dosa kepada kita. Kita semua tahu hakikat ini.. janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.. sama-samalah kita menasihati sesama kita.



artikel ni di copy dari emel...
 "Benar, Hidayah dari Allah. Tapi, usaha mendapatkannya adalah atas tangan manusia itu sendiri"


jiwa yang di tarbiyah ini...

terkadang lesu menangis sendiri..
sering juga ku pandang kanan kiri..
mencari-cari siapakah dia yang mengerti...




duhai hati yang inginkan bahagia...
tersenyumlah dikau biar sengsara...
bersemangatlah berjuang demi agama...
supaya tabah di hari muka..


sang iman yang menginginkan syurga...
ajarlah hatiku agar tundukkan nafsu..
didiklah jiwaku tinggalkan dunia..
biarkan aku kembali pada Tuhanku..

diriku yang inginkan karamah...
jangan pernah mahu mengalah..
walau kerap engkau tersalah..
tetaplah dikau dalam mujahadah..


duhai hamba yang berdosa...
bukanlah dirimu seorang perwira bangsa..
juga tidak kau seorang penakluk dunia..
mungkin pernah dikau terjatuh dengan dunia..
namun yakinlah pada Dia..
engkau juga layak memohon syurgaNya..
dalam taubatmu atas takutnya neraka..

duhai kamu yang lesu tak bermaya..
bukan salahmu inginkan nasihat berguna..
kerana engkau pon manusia biasa...
xpernah lepas dari lelahnya rasa..
tapi kau juga tahu dirimu bagaimana..
bukan semudah meluahkan rasa di jiwa..








Jumaat, November 12, 2010

masih ada..=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah atas segala ujian yang diberikan...dengan adanya ujian ini, makin terasa diri ini disayangi Tuhan..
maka terjadila hipotesis senang..semakin banyak ujian semakin banyak hamba mengadu pada Tuhan.(harap2nya)

"salam..mau join gi UIA x sabtu ni?ada persembahan nasyid."
"eh,bleh gak..if ada pompuan la.kalo sorang.xmau.hehe"
"salam..jumaat ni meeting sal 120minit bersama....reply if xleh hadir.tq"
"salam..straighten me if i was wrong"
"assalamualaikum nak.."
"waalaikumsalam pakcik.."
"hapela korang ni!tempat solat pon xtau.korang xsolat ke?
"erk..pakcik..nak suh saya senyum ka nk suh saya menjawab ka nak suh saya diam?saya baru ari ni kat sini oke~(dalam hati jela..)"
~iklan sementara~
mende simple n normal yang sepatutnya xdibiasakan..
iaitu bila ada ujian,baru la kita2 sebagai hamba ni nak ingat Dia..
bila idup senang lenang boleh langkah longkang kiblat pon susah mau cari arah mana,.
btol ke ada yang sebegitu?
jangan..jangan pernah buat begitu...
sebab saya pon xmau percaya ada manusia yang semudah itu melupakan Allah Yang Satu..


tapi harus diterima gak keadaan ni..pasal mmg btol..xleh nak nafikan mende yang memang blaku.
AllahuRabbi..
ampunkanlah hambaMu...atas kelemahan kami mencegah yang mungkar dan mengajak kepada kebaikan..
bukankah Rasulullah s.a.w dah bersabda..

"Tidaklah akan berlalu setiap zaman kepada manusia melainkan golongan yang terkemudian akan lebih jahat daripada golongan sebelumnya sehinggalah kamu menemui TUHANmu."-hadis sahih riwayat al-Bukhari,Ahmad dan Tarmizi.


kebaikan makin berkurangan dan kejahatan serta kejahilan bertambah berkembang..
kalo kita perhati masa kini ngan masa dulu...
even saya BARU JE 20 taun lebey2 idup kat dunia ni..bleh nampak yang skang ni dh terlampau sangat banyak 'kelainan' yang berlaku..mende2 pelik bagaikan normal..mende2 baik memang sah2 orang anggap pelik!
oh dunia...betol la..
kita kat zaman akhir..bukan zaman pertengahan mahupon awal zaman..


contoh mudah saya amek..(pasal kejatuhan nilai moral )dulu2 kalo mau tengok cite2 pelik aka lucah, nak kena seludup dulu..pastu mau kena sorok2 pasal takut kantoi ngan sesapa..pastuh bila xde oranglen baru bleh tengok video tuh.
tapi skang...boleh nampak ngan jelas...even akhbar2 tempatan yang berbahasa melayu n memang khas untuk rakyat malaysia yang majoriti beragama islam pon ada gambar yang tayang mende2 xpatut...
konon mau cite sal karier artis tapi ntahape2 kesah peribadi ditayang..
tu salah satu la.blom iklan baby johnson yang ada suara menggoda lagi.ni pon xmasuk yg part iklan air minuman yg ada gadis2 cun ngan pakwe2 ensem pakai ntahape2.haihh~
terang lagi nyata sangat la untuk manusia2 yang dalam hatinya ada penyakit...
wat de hal bila bahan2 yang sepatutnya ditutup rapi jadik bahan tontonan semua manusia.

kesian mereka yang mahu menjaga mata..kesian kaum mereka yang sepatutnya tebal ngan rasa malu..
saya mcm dah buat kputusan yang rumah saya nanti xkan ada tv.hehe~
kalo ada pon yang bleh pasang channel katon spongebob ja.pasal spongebob ngan kwn2 dia tu xpela xpakai baju pon..huhu..

terlampau banyak serangan pemikiran yang kita terpaksa hadapi kalo nk ikut zaman modenisasi ni.
Seolah-olah dada ni sesak..macam nak kena pakai high flow mask with 13ml Oxygen dek mehnah dunia yang byk sangat masalah.


Tapi masalah2 jiwa ni x pula buat kita nafikan yang masih ada kebaikan dan kenikmatan dalam dunia ciptaan Allah ni..Dah dijanjikan bahawa kebenaran takkan sama sekali hilang dari muka bumi.
Ni la rahmat dan tanda kasih sayang Allah pada kita..
di uji ngan pahit dunia,,tapi tetap dikurnia penawar seindah kemuliaan hambaNya..

Firman Allah s.w.t :

"Di antara orang yang beriman itu ada lelaki-lelaki yang membenarkan apa yang dijanjikan oleh ALLAH kepada mereka, maka di antara mereka ada pula yang sudah gugur dan juga di antara mereka masih ada yang sedang menanti dan mereka tidak sedikit pun bergoyah."(Surah al-Ahzab:23)


begini la Allah mengimbangi hidup kita sebagai manusia..Benar seperti firmanNya...tidaklah manusia diciptakan tanpa arah tujuan.
ibarat permata di tengah laut..macam sebutir intan kat rantai emas,macam tu la diumpamakan golongan2 soleh yang sentiasa menegakkan kebenaran.berusaha melaksanakan perintah Allah tanpa malu segan..

Subhanallah..masih ada lelaki soleh walaupun di akhir zaman...so,jangan kalian risau duhai gadis2 solehah.(^_^)


"Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada ALLAH dan RasulNya ; mereka itu diberi rahmat oleh ALLAH; Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(at-Taubah:71)

walaupon golongan yang baik2 ni sket je..tapi sangat berharga dan bernilai di sisi agama.
Malah ganjaran ALLAH kepada golongan2 baik (menjaga diri dan mentaati perintah ALLAH dan RasulNya) ni sangat besar dan berlipat kali ganda.

Ma'qal Ibn YAsar berkata bahawa Rasulullah s.a.w dah bersabda:

"Beribadat ketika zaman fitnah adalah seperti berhijrah kepada aku."-Riwayat Muslim dan at-Tarmizi serta Ibnu Majah.

jadik jom..jom la kita jadi baik...bukan senang mau jadik permata di tengah laut dalam.
bukan mudah mau jadik raja kepada nafsu yang mencengkam.
tapi kita ada ALLAH yang boleh genggam jiwa2 kita dalam rahhmatNya..
bermujahadahlah dalam kebaikan..
istiqamah dalam melaksanakan ketaatan..
jiwa yang terbiasa ngan mende baik xkan mudah2 nak twist jadik sebaliknya..
hati yang sentiasa tenang xkan senang ngan godaan nafsu yang melanda..

ayuh..kembali kepada Tuhan..
kat mana lagi kita nak perform jadik hamba yang taat kalo bukan kat dunia.kan?
kat mana lagi mau kutip pengalaman jadik budak baik kalo bukan time2 belia remaja ni.kan?
muda sekali ja..(kecuali kat alam lain nanti)
hidup pon skali ja..
tempat beramal kat sini ja...xda tempat len dah..
hmm..
kalo x kat sini..xkan dalam kubur nanti?
masa tu nak tundukkan pandangan pon dh memang xde oranglain..
masa tu nak sedeqah pon xde duit dah,..

sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya dunia ini ialah satu hamparan hijau yang indah dan ALLAH menundukkan kamu di dunia ini untuk melihat bagaimanakah kamu beramal; maka kerana itu bertakwalah kamu kepada ALLAH."-Hadis sahih Riwayat Muslim


Kita Tak Diuji Sebegitu

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah yang mengurniakan jiwa-jiwa besar dalam arena dakwah ni..
Jiwa-jiwa yang bakal menjadi pemimpin besar suatu hari nanti hendaknya...

bukan mau cite sal mende...cumanya....
dulu2 yang lampau,pernah saya macam bukan diri sendiri..
jauh,...jauh dari yang sepatutnya saya jadi.
kadang-kadang kita fikir kita ni dah cukup baik bila suka baca buku-buku agama...
kadang-kadang bila dah pakai sarung kaki, pakai baju tangan panjang...dah rasa baik sangat dah.
walhal antara kita dan Allah...
bila berdua je...
mana Dia di hati kita...sejauh mana taatnya hamba yang berdosa ni dengan Sang Pencipta..
sejauh mana kita cuba mengelak tatkala diuji ngan mende2 lagha..
sedalam mana keserapan dalam hati saat namaNya di sebut...
secepat mana mulut yang suka mencela ini beristighfar saat hati terdetik kepada kelalaian..
sebab tu bila mana terasa hati dah semacam..
cepat2 cari masa..masa untuk diri sendiri dan Dia Yang Sentiasa Ada,.(jangan tunggu lama!)
duduk diam2 atas sejadah.....time tu biar akal dan hati bercakap sendiri,
tanya hati..mana dia Tuhanmu?mana dia kekasihmu?
sukakah engkau hidup penuh dosa begini?tak takutkah???

Allah.....Allah....Allah....

terasa jauh diri ini denganMu..
seakan banyak bercanggah prinsip ngan perlakuan..
kekadang seolah jiwa ni bukan milik sesapa..seolah lupa Dia Yang Maha Melihat,
terikut2 arus dunia,terbiasa ngan kebiasaan yang xdibetulkan..
tertembak ngan serangan-serangan pemikiran..dusyy!dusyyy! eh..eh silap bunyi..bang!bang!bang!kebabomb!!
adesss.!sakit....#.#
bila sampai tahap ni..bukan mau tuding jari pada sesapa...
bukan gak nak tuduh mak ayah x ajar baik2 sbb saya yakin diorg dah buat yg terbaik diorang mampu..
juga bukan mau cakap kawan2 yang buat jiwa segersang itu.
apakehal mau salahkan org lain atas kesilapan diri sendiri..tu xbertangungjawab namanya..
takmau takmau...takmau ajar diri sendiri jadi xbertanggungjawab..sambil gerakkan jari telunjuk kiri kanan.

kembali pada fitrah..balik pada kebaikan...beralih pada hidup yang lebih mulia.!
bukan senang nak jadik baik..so, once dah baik,jangan senang2 nak jadi macam jahil balik~
orang yang btol2 xtau ngan orang yang xtau lain balasannye...
so bila dah tau jangan buat2 cam xtau..tipu diri sendiri ni bukan perbuatan yang bagus...okes?spesel untuk kamu si penulis!

dan sahabat2..
andaikata ada antara kita tetiba seakan menyimpang dari diri yang sebelumya,
plezz dun judge them..but show them da right path..
ramai antara kita yang suka sangat nak judge instead of tegur ataupun bawak balik ke jalan yang btol,..
percaya atau x, sebenarnya perbuatan kita yang sebegitu langsung xmembantu!
buat mende makin teruk lagi ada..
mana ada manusia suka kena kutuk beb~xkesah dapan2 ke belakang2.
saya xsuka..kamu xsuka..kita sama-sama xsuka..
so,if kita tengok kawan cam dah lain sket tu, cepat2 amek langkah untuk mendekati n mengembalikan.
kembalikan dia pada kemuliaan hidup as hamba Allah..
kita mulia sebagai ISLAM.,
teringat pakcik tu tadi...kata dia..
+saya ingat mau masuk islam..lagi dua tiga bulan.
-iya ke uncle?cepat2 uncle..hehee...apa yg buat uncle minat islam ni?=)
+saya suka tengok org melayu...
-org islam ke maksud pakcik?
+emm..org melayu ni bersih..saya suka tengok dia orang..(rasanya pakcik ni maksudkan org islam pasal dia cakap kwn dia ramai pakistan.pakistan bukan melayu kan??huhuu)

dalam hati macam xcukup suara nak doa so dat pak cik ni cepat2 kembali pada fitrah.pakcik yang cool dan suka berterima kasih.tambah plak pakcik cakap saya ni mcm umo xsampai 18.bertambah2 la i suka..hahahaaaa=p
kawan2,sama-sama doakan pakcik ni dipermudahkan urusan dan diberikan hidayah k?mana taw tengah2 korang doa pintu langit terbuka ke..hehe.time kasih..moga Allah memberkatimu.=)

emm,mcm tu gak kite2 yang dh islam ni..selalu la balik pada fitrah kita..fitrah yang bersih.
suci dari dosa..byk2 istighfar....byk2 ucap kalimah LA ILA HA ILLALLAH..
dan sedarkan kawan2 tadi tu...sebab kita pon manusia biasa.
bila kita kutuk orang, xmustahil 1day mende tu pon jadi kat kita gak..
Rasulullah s.a.w dah bersabda "barangsiapa yang menghina seseorang saudaranya tidak akan mati sebelum melakukan perkara yang dihinanya.."

AllahuAllah...
jangan Ya Allah..jangan uji kami apa yang xsanggup kami lalui..ampuunkan kami atas dosa-dosa kami.ameen ya Allah..
"YA Allah Ya Tuhanku..jagalah hati kami..peliharalah kemaluan kami..dan ampunilah dosa2 kami.."
(doa untuk menjaga hati bila terdetik kepada dosa)

mungkin sahabat kita tu dulu lagi bagus dari kita sendiri...lagi warak,lagi menjaga dlm hal2 tabarruj, ibadat, aurat, ikhtilat...
tapi bila dia berubah sekarang,bukan hak kita untuk mencaci maki,mengumpat mencela, menghina mengutuk..
tugas kita,membawa dia kembali..
ingat la,..kita xdiuji dengan apa yang pernah dia lalui..
jadi kita xtau apa akan jadi kalo tetiba kita diuji sebegitu.
mungkin lagi jauh perubahan kita....

so..sama2 kita kembali pada ALLAH TUhan kita...
dan dalam masa yang sama, jangan tinggalkan sahabat2 kita.bukan kita sorang nak syurga...btol x?
kalo duk syurga sengsorang xbest gak kan...hehehee
jadi jum ajak seramai mungkin sahabat2 keluarga sanak saudara untuk bersama kita..
buktikan secara gentle yang kita bukan sayang diorang untuk dunia je..!=)

p/s: kawan2...menulis ni best gak.bleh kongsi mende kita rasa,mende kita faham mende kita suka..tapi tapis2 kalo nak cite sal apa2..pasal kalo kita sebarkan something yang dengannya pembaca bleh wat dosa,maka penulis tu dapat gak sahamnya.kalo yang dengannya pembaca wat pahal,Alhamdulillah..kalo x,na'uzubillah..
sama gak ngan penulis paper.(yang byk gambar pelik2.rasanya paper skang pon dh jadi 50% bahan lucah.stuju x?)kiranya nak cakap kat sini...
if ada antara kita kenal2 ngan wartawan suratkhabar jenama apaepon,sampaikan risalah pada mereka..
ingatkan mereka...
takutlah pada Allah...paper ni ramai yang baca.bukan xde org baca cam blog saya,bahkan bleh jadi 1000000 manusia yang baca..kalo satu artikel cerita fitnah ke,gambar seksi meksi ke,...
haissss.=.=
xtaw mau cakap cane..=(

Pesan Imam Al-Ghazali : “carilah hatimu pada tiga tempat.Carilah ia melalui bacaan qur’anmu.andai tidak kau temui, carilah hatimu pada solat yang kau kerjakan.Jika masih tidak kau temui, maka carilah hatimu saat kamu bertafakur mengingati mati.Namun jika kau masih tidak temui lagi, maka pohonlah kepada Allah agar dikurniakan hati yang baru. Kerana pada saat itu kau sebenarnya tidak mempunya hati!”