Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang merencanakan kisah idup ni...
memang xleh nak elak,memang xterduga..keadaan twist tanpa di sangka-sangka..
itu la kebesaran Allah yang selama ni kita ambil lewa..
benar kata Dia..hati2 kita dalam genggamanNya..
once Dia lepaskan pada dunia..maka menjauh lah kita dariNya..
siyes takut..=.=!
bukan nak kata la kan..tapi skang ni ramai je kawan2 saya yang mana dulunya di aim mcm diri tu pengebom berani mati..tup2 skang dah jadik 'orang'.
kalo dulu dia lah kepala segala kekacang,skang dah jadik baja yang bagus untuk ditabur atas tanaman.
sebenarnya nak cakap la kat sini kan...
kalo kita kat atas..jangan hina orang bawah..
gitu gak kalo kita kat bawah,sesekali tu jeling-jeling la orang atas..
jangan plak kita rasa selesa duk kat tempat kita 'berdiri' dan diami.
sbb kadang2 ada je kerusi tempat kita duduk tu tetibe patah..ade je lantai yg kita pijak tu tetiba merekah.
mende2 yang kita ada ni bukannya baqa'...sementara je pon.
dan sememangnya kita bukan yang bleh berdiri sendiri.
nyata lagi terang yang cuma dan hanyalah ALLAH yang punya sifat sebegitu sempurna..
btol x???
hidup kita..sama ada kat atas ke kat bawah tetap dalam aturan Dia..
bukan dalam kuasa kita untuk make sure kita tetap selesa dalam posisi kita.
sebab tu khalifah zaman para sahabat dulu langsung xselesa dengan jawatan besar diorang.
jadi perdana menteri sebuah kerajaan tu beb~
boley idup senang tu kalo pandai tarik duit.
tapi kita semua tau..
bukan harta dunia yang para sahabat mahukan..
tapi redha Allah yang jadik harapan diorang.
sebenarnya dalam banyak-banyak amalan kita, kita xtau mana satu yang Allah terima.(banyak ke amalan?)
memangla harap Allah terima semua..
tapi sejauh mana keikhlasan kita dalam beramal~itu kita jawab sendiri k.
tadi belek2 buku yang dah hampir sebulan xsentuh..
ada satu doa...maksudnya,
"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa- dosa kecuali Engkau.."
sedarlah saya, bahawa hampir sebulan saya tinggalkan al-Ma'thurat..
patut la jiwa rindu semacam.haiihhh~
betul2 saya sedang mengejar dunia..berat nanang doh kali ni..berat doso!
then saya belek-belek lagi buku tu..buku karangan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni memang slalu menangkap saya.nasib bek buku La Tahzan tu mahal berganda2.kalo x memang sah2 ada dalam simpanan saya.huhu
ada satu kesah dalam perjalanan haji..humm,kita kan rabu ni nak sambut hari raya Aidil Adha aka hari raya qurban.kat laen tempat selasa pon dh sambut.isnin ada gak kot.huhu..rasanya xsalah kalo saya share sket mende yg saya faham dari hasil pembelekan tu.
Ketika Zubaidah isteri khalifah Harun Al-Rasyid bersama rombongan mengerjakan haji..dia membawa rombongan yang besar hingga di sebut iringan-iringan kafilah adalah 700 ekor unta.
kalo nak di bayangkan,orang pertama yang mengetuai rombongan 2 ada kat hujung utara baghdad dan org paling last duk kat hujung baghdad yg satu lagi.
Tiba kat tengah rombongan ni,Zubaidah bertemu ngan jemaah haji yang letih n haus, lapar n menyedihkan.pastuh beliau pon buat satu saluran air yang until now terkenal ngan nama 'Ainu Zubaidah.dalam juta2 dirham gak la abe duit dia buat saluran nih..
Afte Zubaidah meninggal, anak atau 1 of kerabat dia mimpikan dia,.dalam mimpi tu Zubaidah nampak bahagia..
anak:ibu...apa yang telah dilakukan Allah padaMu?
Zubaidah / ibu : aku hampir mati dengan sia-sia
anak: mengapa?
Zubaidah: 'Ainu Zubaidah hampir membuatku celaka.
Anak: Subhanallah..engkau memberi minum jemaah haji dan membebaskan mereka dari haus, tapi engkau celaka dengannya?
Zubaidah: aku bina saluran tu dengan riya'.
Anak: kalo begitu, apa yang memberimu manfaat?
Zubaidah: Yang bermanfaat bagiku adalah solat tahajjud dua rakaat yang aku kerjakan pada tengah malam. Jika tengah malam ibu mengambil wudhuk dan keluar menuju pelatar istana. Setelah itu ibu mendongakkan kepala, melihat bintang-bintang sambil mengucapkan LAILA HA ILLALLAH..dengan kalimat ini ibu menghabiskan umur ibu. Dengan kalimat LA ILAHA ILLALLAH pula Allah mengampuni dosa-dosa ibu. Dengan kalimat LA ILA HA ILLALLAH ibu berdiri di padang mahsyar. Allah menyelamatkan ibu dengan dua rakaat tahajjud dan kalimat ini.
Demikian cerita tu..
bahagia untuk orang yang ikhlas dan jauh dari mensyirikkan Allah.
serta buat org yang mengelak dari riya' pada manusia atas kebaikan yang ada padanya.
banyakkan ucap kalimah LA ILAHA ILLALLAH..
banyakkan istighfar ASTAGHFIRULLAH...
agaknya semua orang dah ada mende untuk dikorbankan kali ni.
budak2 u berkorban xbalik raya ngan keluarga demi ilmu di dada,,
org2 berduit korban lembu untuk saudara2 yang kurang berharta..
saya???
korbankan duit balik rayakah?hehee..
derr,i beli tiket 45 hengget wey.mcm nk balik kelantan dh rasanya.
tapi ok la bagi pihak i takde masalah..
cuma bimbang pihak yang jual tiket tu la makan duit xbrapa nak halal.huhu
tapi xpe..husnuzzhon je sudah..i taw rakyat mesia baik2 sume..heheh
kita keje mau duit buat makan...
kita makan nasik dari punca yang halal..
jangan makan mende xtau punca..
esok lusa jadik gaster ulcer sape susah..
fakta 1: kanser perut dah jadik punca ke-5 tertinggi yang membunuh di malaysia
fakta 2: budak pompuan kalo sapu bilik sendiri pon tak pernah kompem tahap malas korang dh mcm hantu!
lately banyak plak bas yang eksiden kan?
dalam byk2 tu sempat lagi si pemandu bas tadi buat gaya drift.
tak baca paper ke hape dia nih..i dah xkonfiden dah mau naik bas tu..aiiyyoork~
but naik gak la..xkan mau jalan kaki plak pi bandar damansara tu,
langkah kaki kanan-->Bismillahirrahmanirrahim..
i angkat muka,perghh,hensem upenye mamat nih.xjadik i nak maki(nasihat).
ehh,,astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..
bimbang gak mau naik bas malam ni..
silap gaya karang,diri sendiri yang terkorban~
oh Allah,,mohon dijauhkan..
tapi pape pon..semua dah direncanakan,
ajal maut jodoh pertemuan ni semua kerja Tuhan.
so watpe mau risau lebih2.'baek risau dalam baikpulih amalan,,
kan?
cuma andai ni yang terakhir..mohon maaf kekurangan saya..
andai ini yang penghuujungnya,moga saya jauh dari sebar dan bawa fitnah dunia.
dan untuk masa yang ada ni....
jom sama2 kutip bekal dan beli tambang,
mau masuk syurga bukannya senang..
moga korban kali ni diterima oleh Tuhan..
kelak masuk syurga dapat naik tunggangan.!(^_^)
p/s: unta nabi Muhammad s.a.w nama Al-Quswalah
kawan2..takmau jadi pasir tak berharga,,xmau jatuhkan sahabat2 saudara2 kita yang menginginkan syurga,..
"Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga…"
2 ulasan:
like2..
tq2..huhu
cahaya putri...best nama anda.huhu
welkam^_^
Catat Ulasan