tadi duk sebok belek blog manusia2 kan...terjumpa la plak satu phrase ni..
Gurau senda itu ibarat garam dalam masakan
Kalau kurang, jadi tak berapa enak
Kalau berlebihan, jadi tak elok malah boleh mendatangkan bahaya
hurm...
betol.gurau senda ni kalo xde langsung2 jadik kaku je idup kang..
tapi kalo melampau ngan silap timing,mau ada yang kena penerajang.
sama gak ngan adab sembang ngan kawan.
eh bukan kawan je..termasuk adik,cekgu,pakcik driver,tukang kayu,kakak pramugari...n parent ofkos.
bergurau tu bole..tapi tengok tajuk,mangsa ngan ketika.tambah lagi satu,tengok keoveran gurauan tu.
tadi waktu nak tulis tajuk post ni saye silap tulis kecamik.
jadi nak tanya.
weyh ada x perkataan kecamik dlm kamus mesia?
contoh ayat---fikiran rasa berkecamuk kecamik.
sebenarnya rasa bersalah sebab dah termarah sorang kawan yang niat nak bergurau.
tambah ngan baju belum siap jahit lg.maksud saya jahit manik kat baju.bukan jahit baju.
sengaja dibiarkan rasa menguasai akal di kepala.
bukan terlalu daif dalam bicara,
tapi tak terlarat menahan esak di hujung suara.
sendiri bukan bererti tiada teman di sisi..
bahkan lebih mudah untuk memerhati si muda mudi,
sepi juga punya irama indah yang tersendiri,
jadi tak perlu lah terlalu rasa kasihan pada diri..
sakit tu bukan sekadar sakit semata-mata.
"Katakanlah (Muhammad), "sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa."maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya."(Al-Kahfi:110)
bismillahirrahmanirrahim....
selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan