bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Khamis, Jun 23, 2011

give thanks to Allah.





Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah..
ini hari jumaat.Alhamdulillah dipertemukan sekali lg ngan jumaat ni.
meaning Allah bagi kesempatan lagi untuk gali lagi 'wang bekalan' ke sana nanti.
bila saye pergi menjemput seruan Ilahi.
mungkin saja juga pada penghulu segala hari.
kiamat yang pasti juga akan berlaku pada hari jumaat camni.

juma'ah mubarak kalian~~

tiba2 balik kali ni seolah2 xde jiwa nak berpersatuan.
Allahuallah....hati saye yang kering atau sebab banyak kepincangan dalam otak dan perasaan?
saye xtau..yang pasti hati saye xmaukan sebarang perjumpaan.
mungkin memikirkan kepeningan dan ketidak-ada-halatujuan.

okelah.stop b4 saye melalut pasai persatuan dalam ni banyak sangat.

oh ye anda2..btol tak kalo saye nak kate....
manusia ni kadang2 kita xleh bagi chance diorang bercakap.sebab once dah bercakap xreti2 nak stop.
macam haru je!huhu
tambah2 bila yang bercakap tu sorang pemimpin.
apsal lak tetiba kuar pemimpin ni?
pasal pemimpin ni kan antara insan2 yang memang nak kena bercakap all the time kununnye...

kite idup ni walau cane pon memang nak kena ada gak pemimpin.
even pada diri kita sendiri pon.
sape2 yang xnak dipimpin,maka dia sombong.
n maybe xdelah kejam sangat nak kate dia tu bajet bagus xpernah buat salah.
btol x?
so if korang lari pi mana2 pon,memang wajib untuk dipimpin dan memimpin.
n oleh itu....be ready brada n sista.
u'll have to handle a big burden on your back.!

to be a great leader,u must be a good listener.

kadang2 dan memang selalunya pon..akan timbul masalah ngan anak2 buah.
sama ada anak buah buat hal,
atau anak buah xsuka pemimpin,
ataupun pemimpin lari dari tanggungjawab,
ataupon anak buah xpuas hati pemimpin yang dipilih,
ataupun macam2 lagi la..

tapi saye nak highlight kat sini camana nak tegur anak buah yang buat salah.(1)
contoh la kan....
ni contoh je taw.
c-o-n-t-o-h sahaja.

Alim,Ahmad,Aman,ngan Alam ni satu grup study sekaligus usrah ngan badan agama.
Ketua segala ketua dalam grup ni nama Abu dan dibantu oleh Aman.
diorang dua ni memang kire type sopan plus tawadhu' jiddan la.
tetiba yang sgt tiba2 Aman diuji dengan sorang gadis ayu lagi cun bernama amira.
kebetulan amira cari orang nak bimbing dia jadik baik.
then Aman dengan niat baiknya cuba membantu tapi malang sekali Aman terkapel lak ngan Amira.
ohhh ini hanya ter oke!
tapi once dah kapel tu dengan tetiba lagi Aman ngan Amira selalu plak makan2 berdua di kafe dan sering berjumpa.

apa kawan2 Aman buat?
xkan biar camtu je?
x..diorang x biar.mana bleh biar je..mende mungkar tu wey.....
diorang guna kaedah nasihat secara am.maksudnya biar semua orang dapat nasihat tu.
kalo macam zaman skang kite maen tulis kat wall fesbuk la..
senang.xyah cakap depan2 dah...
n perli sket2 tanda xsuka disertakan dengan pulaukan dia depan2.

skang saye tanya korang.
if korang adalah Aman..cara ni nak buat anda berubah ke?
cara ni buat anda jadi macam anda yang sebelum ni ke?
kalo tanya saye ngan insan2 sekeliling saye..
sori to say but judging doesn't change anything.

cani la...
nak jadik pemimpin ni kena letak diri dalam situasi orang yang kita bawak tu.
bahasa mudahnya sorang daie ni bukan sorang penghukum sebaliknya untuk bawak orang ke jalan yang btol.
jangan sebab cara kita..mad'u lari terus dari jalan kebenaran.
hikmah...hikmah yang Nabi tunjuk.
nak tegur boleh.n memang wajib tegur.tapi hikmah kena ade gak.
no point kite sebuk bagi ceramah tapi mad'u berterabur gak sini sana.
jadik cam kita juz sampaikan tugas tanpa ada rasa kasih sayang sesama islam.
sebab kalo kita kasih..kalo kita sayang..kita nak apa yang kita sampaikan tu berbekas dalam hati diorang.
kita nak the best untuk semua orang.hereafter.

bukan susah sangat der..
amek masa face to face.
choose the best words untuk buka mata mad'u.
xramai orang boleh terima kena perli tapi semua orang senang hati je if kita tegur diorang tanpa ada orang ketiga keempat kelima memerhati.
xperlu ramai2 nak rungkaikan benang yang berselirat..btol x?
sorang pon cukup.lagi tenang,lagi telus.

dan lagi...jadik pemimpin.hurmm..huhu

pemimpin ni bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.
bukan jugak semata2 untuk penghormatan dari orang bawahan.
tapi as pemimpin,kita pon patut hormat setiap anak buah.
kadang2 pemimpin ni kena gak letak diri tu sama level ngan anak buah.
sebab xselamanya yang memimpin tu btol dan yang dipimpin ni xbetul.

setiap pandangan anak buah..amek dengan serius.walau secikai mana pon anak buah tu.
sebab sape kita nak condemn pandangan manusia lebih2 ye x?
kita ni manusia je...insan.
if orang nampak apa yang xbaik pada kita..maka terima lah.
terima dan fikir sama2 cara untuk ubah.
xsalah mengalah kalau untuk pulangan yang lebih besar.

xkan sebab pandangan buruk orang pasal kita..kita nak condemn diorang?
semata2 kerana pemimpin mana bleh tunduk ngan makmum.

aiseh.jum selongkar kisah para sahabat.
sya amek Saidina Umar sbagai contoh.

Di negeri Mesir, seorang anak Mesir main lumba lari ngan salah sorang anak Amru Al-Asr (pembuka kota Mesir). Dalam perlawanan tu anak Mesir menang. Maka, anak Amru rasa tercabar/marah, lalu dia pukul anak Mesir tu sambil berkata, “Ana ibnul akramin” (Aku anak org yg mulia)…
Maka, anak Mesir tadi pun pergilah ke Madinah mencari Khalifah Umar. Setelah berjumpa, dia pun mengadulink hal ini. Selesai mendengar aduan anak Mesir itu, Umar memerintahkan anak Amru datang ke Madinah. Setelah menyoal dan mendengar jawapan anak Amru, ternyatalah kebenaran aduan anak Mesir itu.
Seterusnya, dipanggil berdiri kedua2nya di hadapannya. Diperintahkan anak Mesir itu memukul kembali anak Amru, sambil Umar berkata, “Idrob ibnul akramin” (pukullah anak orang yg mulia itu). Bahkan ketika itu Amru Al’Asr hadir menyaksikan perkara tersebut. Umar berpaling ke arah Amru seraya berkata, “Wahai Amru, bagaimana kamu semua menjadikan orang2 lain sebagai hamba sedangkan dilahirkan mereka oleh ibu2 mereka merdeka?”
Kisah 2
Suatu hari, Umar berdiri di atas mimbar Masjid Nabi sambil menyampaikan khutbah melarang/tidak menggalakkan meninggikan mahar. Dan datang seorang wanita muslimah berkata, “Adakah setelah Allah memberikan kami mahar, dan kau menghalangnya Umar?”
Berkata kembali Umar, “Apakah ia?”…..Kemudian wanita itu membacakan firman Allah dari Surah Annisa’ ayat 20  yg bermaksud, “Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dgn isteri yg lain, sedang kamu telah memberikan kepada seorang drp mereka harta yg banyak,maka janganlah kamu mengambil balik sedikit pun darinya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dg jalan tuduhan yg dusta dan dgn menanggung dosa yg nyata?
Dan terdiam Umar seketika, mengamati ayat itu, dan mendapati dia telah silap. Dan Umar berkata kepada seluruh manusia yg mendengar khutbah itu, “Telah salah Umar, dan benarlah wanita ini.”
Kisah 3
Telah datang seorang lelaki dari negeri Farsi(Iran) ke Madinah. Beliau hendak bertemu dgn amirul mu’minin Umar. Ketika sampai ke Madinah, beliau bertanya ttg Umar. Diberitakan kepadanya Umar pergi berehat seketika bawah pokok yg khas untuknya. Lelaki itupun pergilah mencari tempat yg dimaksudkan itu.
Didapatinya, Umar berbaring bawah pokok dan tidur dgn begitu nyenyak sekali. Maka berkata lelaki itu, ” ‘adalta, fa aminta, fanimta ya Umar.” (telah engkau adil, telah engkau amanah, maka tidurlah wahai Umar)…
Sesungguhnya Umar melihat dirinya bertanggungjawab ke atas pimpinannya, pada hari di mana tidak bermanfaat harta dan anak2 kecuali bagi org2 yg mengikuti Allah dgn hati yg salim(sejahtera). Dan Umar begitu menitik beratkan hal ini sehingga lahir dari lisannya, “Sekiranya ada binatang terjatuh di Iraq, aku akan ditanya ttg nya di akhirat kelak.”
sumber dari link ni.hurm...

nampak x?
dari kisah Saidina Umar je pon kita dah bleh dapat banyak contoh terbaik untuk kita ikut.untuk para pemimpin ikut.

kisah 1-tentang keadilan beliau.satu2 berita yang sampai pada beliau,x dihukum dimaki camtu je.tapi diselidik btol2 kesahihan berita tu.especially bila berita yang beliau dengar adalah bad news.

kisah 2 plak nak tunjuk yang Saidina Umar ni sangat down to earth. pemimpin yang x anggap diri dia level tinggi tahap xpernah buat silap.pandangan sorang muslimah yang xde jawatan pape pon beliau bleh dengar.n malah dengan rendah hati bersetuju ngan pandangan tu.

sebab apa?
sebab bila kita btol nak ikut apa yang ada dalam Al-Qur-an dan hadith, kita xkan nak buat keputusan melulu dan pikir malu terpaksa tunduk ngn sanggahan pendapat org len.

kisah 3 plak pasal kepimpinan.
jiwa pemimpin yang xkan senang tido slagi keadaan bawahnya aman.
as for para pemimpin islam,lagi2 la xleh nak tido.
selagi anak2 buah xbtol2 amalkan islam.
selagi masyarakat xbuka mata tentang phrase 

ISLAM IS NOT JUST A RELIGION,
ISLAM IS A WAY OF LIFE.



N selalu gak para pemimpin ni...x sempat kita ahli2 cikai nak bagi pendapat or bantahan...
strett je kena sembur bla bla bla n kena bangkang balik sok sek sok sek,
hailoh hailoh....
salah ke orang bawah nak bersuara sekali x sekala?
salah ke dengar dulu then tenang n fikir baru jawab.
kita fikir bukan pakai mulut derr.
kita fikir pakai apa yang disebut Al-Qur'an n sunnah.
bukan ikut logik akal semata.walau sepandai mana pon kita.
yer x?

oh ye,agak panjang saya menulis perihal kepimpinan.
walhal x abes gak mende ni kalo nak dibincangkan.
x selagi cara Rasulullah memimpin x kita teladani.
xkan selagi kisah Muhammad Al-Fateh x kita contohi.

kita hidup bukan nak besarkan pangkat atau harta dunia,
bukan nak hidup jadi orang besar2 segala,
kita hidup nak besarkan Allah.!
x kira kat mana pon kita,
xkesah jadik hamba ke jadik pakar mata,
sujud pada Allah tetap mende yang wajib dan UTAMA!

Abu Hitam berkata "kewajipan orang yang berakal adalah x mendominasi orang lain dalam perbicaraan atau xmemotong kata2nya.walaupun berbicara pada saat itu diperlukan (adalah langkah yang betul),namun diam juga pada saatnya adalah martabat yang tinggi."

Tiada ulasan: