kata-kata hikmah
- Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak Cakap tidak semestinya cerdik, Kerana kecerdikan itu buah fikiran . Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.
- Menasihati orang yang bersalah itu tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.
- Kalau orang menghina kita, Bukan Kita terhina. yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan pesanku biarpun satu ayat . ”
Diam bukan bermakna sombong!!
Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah ..
Insya’Allah.
dari blog Aisyah.=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan