bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Rabu, Julai 28, 2010

ikhLaskAh diRi???

di suatu pagi yg hening.......
pak nik: "mari aku ajarkan tentang ikhlas.."
syabab: "okes,nanti saya amekkan buku ngan pen."
pak nik: "eh,xperlu..kamu amek guni je."
syabab: "karung guni??"(kurang pasti adakah pak nik nak main lari dalam guni pgi2 ni)
pak nik: "kite ke pasar tani jom!!"

dalam perjalanan ke pasar tani mereka melalui jalan yang berbatu-batu..

pak nik:"syabab,kutip batu2 ni masukkan ke dalam karung guni tu."

tanpa soal syabab mengutip batu2 untuk diisikan ke dalam guni

syabab: "cukup pak nik?"
pak nik: "blom..masukkan sampai karung kau tu penuh ngan batu2 ni semua..lagi banyak,lagi bagus."

sesampainya kat pasar,setelah berjalan2,pak nik mengajak syabab pulang.

syabab: "pak nik,kita xbeli apa2 barang pon..?"
pak nik: "sape cakap aku nak beli barang??aku ajak kamu datang je,,lagipon,kan ke guni kamu dh
             penuh..mana nak letak barang nanti.."
syabab: "ya..ya..."(sambil keletihan memikul guni yang sebesar bas)

pakcik tiba2: "wah..tentu banyak barang yang dibeli pemuda itu.."(sambil menunjukkan jari ke arah syabab)
peniaga: "budak kaya itu nak buat kenduri agaknya..mesti kaya tu beli barang banyak2.".

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.



syabab: “Oh, letih sungguh…apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni pak nik?”
pak nik: “Tak buat apa-apa.”
syabab: “Eh, kalau camtu letih jelah saya,”.
pak nik: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
syabab: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
pak nik: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
syabab: “Dengan memikul batu-batu ini?(ada ke aku blajar tadi??)”

pak nik: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riya’.Tak ikhlas.Orang memujinya seperti orang-orang        di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”

syabab: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”

pak nik: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”

syabab: “hm.., sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.rugi amat apabila melakukan sesuatu semata2 kerana inginkan diri mulia pada pandangan manusia..
buat satu2 kebaikan sekadar di depan sesetengah orang..ahh,rugi sungguh!

Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) .”(An-Nisa’: 142)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.(Al-Baiyinah: 5)

sabda Rasulullah bermaksud,:
“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Riya’”.



dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya."

Tiada ulasan: