Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...
pagi jumaat yang dingin,
saya teringat akan satu kisah yang saya kongsikan pada akhir usrah last week.
"hm,..saya nak kongsi pasal julaibib,ade sesapa pernah dengar sal julaibib x?"
wajah2 kat depan saya cam terfikir2..
then,saya pon teruskan bercerita,mungkin sahabat2 usrah pernah tahu,tapi terlupa...
inilah indahnya usrah,tatkala lupa ada yang mengingat..
bila terjatuh ada yang menasihat...
semua ahli bagaikan bersahabat,
saling menyimpan rahsia dan menyimpul perasaan kasih sesama saudara,
adess,rindu ahli usrah ngan naqibah tersayang kak maryam madihah.*big hug*
sebelum ni,saya cam anggap usrah xpenting,sbb saya lagi suka dgr talk / ceramah kat surau
plus ceramah2 yang saya dapat dari sorang sahabat ni..
tapi...after pergi kat pelancaran ikram hari tu..
ada la 1 ayat nih
kekallah kamu dalam jemaah sebab,
"jika kamu tinggalkan jemaah, akan ada orang lain yang akan mencari jemaah, sedangkan tiada yang akan bersamamu"
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad, Ayat: 38).
Allahurabbi...betullah jemaah tu penting.dan menghampiri usrah adalah salah satu cara untuk tetap dalam jemaah.
tetiba plak cakap sal jemaah,bukan tadi nak cerita sal julaibib ka??huhu..
ok2..back to our beloved julaibib yang dimuliakan Allah.
beliau sorang sahabat Rasulullah..
berwajah yang xmenyenangkan, gelap, kerdil...
pendek kata,sampaikan takde sesape yang nak kawan ngan julaibib disebabkan ujian yang Allah kasi kat beliau ni..
tapi, dari sudut yang lain, Allah angkat julaibib jadik sahabat kepada manusia agung,Muhammad S.A.W.
hebat kan??julaibib pada mata Allah dan RasulNya..
pada suatu hari,Rasulullah mendatangi sebuah keluarga yang mana di dalamnya ada seorang puteri.
Rasulullah bersabda yang membawa maksud,"wahai abu......,aku bermaksud ingin menikahkan puterimu,"
maka bahagialah lelaki itu menyangkakan Rasulullah ingin meminang anaknya.
Namun setelah baginda bersabda,"aku ingin menikahkan puterimu dengan sahabatku,julaibib,"
maka terkejut besar lah beliau dan berkata"aku perlu menanyakan hal ini pada isteriku dahulu.."
lalu setelah diberitakan hal ini, isterinya lantas mengatakan tidak setuju kerana wajah julaibib yang tidak elok mata memandang.Tetapi Maha Besar Allah apabila puteri mereka yang solehah terdengar mereka berbicara lalu menyatakan persetujuannya..hanya kerana keyakinannya terhadap pilihan Allah dan RasulNya.."apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, kerana Rasulullah yang meminta, maka dia tidak akan membawa kehancuran dan kerugian bagiku". Si gadis yang solehah lalu membaca ayat ini :
"Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan
RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain
tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka
sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (QS. Al Ahzab : 36)
Mendengarkan itu,Rasulullah berdoa,"
"Ya Allah,limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau
jadikan hidupnya payah dan bermasalah.."lalu berkahwinlah julaibib pemuda soleh dan gadis solehah yang tidak diketahui namanya ini..
Setelah itu,Julaibib bersama sahabat2 yang lain beserta Rasulullah s.a.w keluar untuk berjuang...
dan perginya julaibib kali ini adalah menyahut seruan rindu para bidadari syurga yang merindukannya di taman syurga,...
saat tamatnya perang,Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat."adakah kalian kehilangan seseorang?"
lalu sahabat menjawab,"tidak YA Rasul."
dan Rasul kembali bertanya,"adakah kalian kehilangan seseorang?"
para sahabat merasa ragu tetapi tetap menjawab "tidak Ya Rasulullah,"
dan berkatalah Rasul,"aku telah kehilangan julaibib,pergilah cari sahabatku itu,"
saat terihatkan julaibib syahid di samping 7orang musuh,tahulah Rasulullah bahawa Julaibib telah syahid setelah menumbangkan 7 orang musuh...
baginda S.A.W lalu menyembahyangkan julaibib dan bersabda,""Ya Allah, dia adalah sebahagian dari diriku. Dan aku adalah sebahagian dari dirinya..
.........end of story.........wallahua'lam.
btolla RasulALLAH kata...looks dont count,“Verily, Allah does not look to your bodies nor to your faces but He looks to your hearts and your deeds.” -muslim-
"Katakanlah (Muhammad), "sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa."maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya."(Al-Kahfi:110)
bismillahirrahmanirrahim....
selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan