salam..
heheh..
abes musim bola,kite ke musim buah buahan tempatan..
sape xsuka makan buah-buah tempatan agak kerugian jugak la.
smlam i makan buah2 ngan rumet plus adik i..tgh2 makan tu...teringat lak musim buah kat sesma.
haihhh..........windu3!!!!!!
start dari form 2,mesti ade malam pesta makan buah.
makan buah rambutan,manggis,n buah2 lain dalam dorm,lepas light off!
hadei...bila la lagi nak rasa perasaan makan buah lam dorm dalam gelap.(zaman form 2)
pastu,tiap2 taun mesti ade yang bawak buah..
paling cikai pon buah rambutan mesti ade satu plastik besar.kan?kan?kan??
windu seyhhh~
sape yang bawak mende2 buah ni????
sape lagi kalo bukan fathiah selaku rumah paling dekat n ade pokok buah,(lagipon fathiah skmo balik asrama ngan keta)
norihan yang sumbat beg balik kampung ngan buah2,
n hazirah da mc cheq yg bwk buah nun dari kuala jengal...
kalo nak tunggu i ngan norafidah bawak buah,buah kemunting ade la kott.hehee
masihkah anda2 ingat?
pastu makan durian kat dataran depan dewan makan.
hohooo~
syok jugelah saye memakan durian hasil kopekan chekgu2 laki.hehehe
then malamnye kompem student sesma dapat hidangan pengat durian is ti me wa makcik dewan makan.
bagi yang muke xmalu,sempat la jugak nak rembat sebutir dua durian bawak naik dorm.
ade ke ek??tahla..
time form 5,saye menyibuk kat bilik prefect.
bukan pasal dah jadik prefect,tapi nak menyibuk ngan mirah bersama buah2 dari kampung la.
huhu...buah punye pasal,ulang alik bilik prefect pon i xbrape nak kesah..kui3
hurm...kenangan2..
conclusion---zaman skolah adalah zaman berpoya-poya.
...................................................................................................................................................................................
mencari keredhaan dalam setiap tulisan.
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia adalah ganjil dan x memenuhi ciri-ciri seorang manusia yang normal.(xsampai tahap gila lagi ni..)
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.
kenapakah??
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
dalam buku teks PAI skolah menengah dulu ade gak ajar sal ni kot.tapi dh lupa..cube cek balik=p
kita mungkin xramai yang perasan, kadang2 sahabat kita sgt perlukan kita..tapi waktu tu,we were not there to share kesedihan dia, kegembiraan dia n tak lupe ke'kkising'an dia.heheh.Kita seringkali fikir dia pasti gembira,hanya kerana dia senyum..dia ketawa.
to all my fren,sy bukanlah sahabat yang baik..yang selalu ada saat kamu berduka,saat kamu semua kecewa,tapi sy akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesabaran kalian.sy juga xharapkan kamu untuk memujuk saat sy hilang arah, cukup sy tahu kalian tetap di sisi walau sekadar menatap sepi apa yang terjadi.
“Ya Tuhan, kusampaikan sehelai demi sehelai doa ini, karena aku yakin doa ini akan terus menghangatkannya… Jagalah ia seperti aku menjaga tangisanku. Biarkan… Biarkan saja dia menangis ketika dia diterpa kesedihan, biarkan air matanya berjurai jatuh ke bibir. Tapi tolonglah hamba-Mu ya Tuhan, habiskan kepedihan dan sakit dari dirinya. Buat ia tersenyum kembali dan mencintai hadir dirinya di bumi…
Tapi jika aku yang harus menangis Tuhan, aku akan tahan tangis itu jatuh dari kedua mataku, karena aku takut lalu air mata ini menjadi kering, karena tangis ini aku persiapkan untuk kuberikan kepada sahabat-sahabatku ketika mereka bersedih, dan aku harus terus menahan tangisku, kerana aku takut kehilangan air mata, seperti aku takut kehilangan sahabatku....."
"Katakanlah (Muhammad), "sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa."maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya."(Al-Kahfi:110)
bismillahirrahmanirrahim....
selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)
2 ulasan:
ya ukhti..
terima kasih..
sebab anda adalah sahabat itu..
=)semoga kita diberkati-NYA .
p/s : (sy pon rindu nak makan buah ramai2..wapon buah dop byk sgt aku mkn, tapi suasana itu yg membuatkn rindu ! ) :D
oh yes!!suasana tu pnting..hehe..
terima kasih juge utk kamu 4 being my sahabat.abadan abada insyaAllah..
tautan ini hanya keranaNya.
amin..=)
Catat Ulasan